Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Tidak dinafikan dewasa kini masyarakat di negara kita lebih banyak menghabiskan masa dengan memegang telefon pintar. Antara aplikasi tersibuk yang dilayari pengguna adalah chatting. Tak kisah lah Instagram, Facebook messenger, Whatsapp, WeChat dan sebagainya mesti akan guna GIF.
BALAS CHAT MELALUI GIF
GIF adalah singkatan daripada Graphics Interchange Format. Secara ringkaskan GIF sering diguna pakai untuk menunjukkan memek muka ataupun respon kepada sesuatu perkara dengan keadaan gambar bergerak dalam beberapa detik.
Ianya memainkan peranan tersendiri bagi pengguna aplikasi yang sukakan gimik ataupun membalas sesuatu chat dalam bentuk gambar bergerak. Dan terbaru, pelakon dan juga usahawan terkenal iaitu Neelofa ada berkongsikan berita gembira dengan peminatnya berkaitan GIF ini.
NEELOFA ADA IMEJ GIF SENDIRI DI IG
Tampil lain dari yang lain apabila menerusi laman Twitter beberapa jam yang lepas, Neelofa memberitahu yang dia kini sudah pun memiliki imej GIF sendiri di laman Instagram. Difahamkan penggunaan imej GIF ini hanya menerusi Instagram sahaja.
Dan penulis sendiri baru sahaja mencuba sendiri sebentar tadi. Ternyata ianya kelihatan amat cool sekali dengan penampilan pelbagai mimik muka Neelofa yang tak selalu kita boleh lihat. Dengan kehadiran GIF Neelofa di IG menjadikan figura ini on the next level sebagai artis Malaysia.
PEMINAT MULA TERUJA, HASILKAN LEBIH BANYAK MIMIK MUKA
Biar pun hanya sekadar GIF, berita ini membuatkan peminatnya memberi pelbagai reaksi. Ada yang teruja dan tidak lupa juga memuji imej Neelofa yang sangat comel serta versatil. Malah mereka turut meminta agar dia menghasilkan lebih banyak lagi bentuk GIF di masa hadapan.
Ini lah kelainan yang cuba ditampilkan oleh Neelofa. Mungkin di mata setengah pihak ianya hanya sekadar gambar bergerak. Tetapi cuba fikir disebalik kesannya apabila netizen sering kali menggunakan GIF ini.
Sudah pasti ia boleh jadi menaikkan lagi nama Neelofa dalam kita tidak sedar. Tahniah penulis ucapkan kepada Neelofa, boleh dikatakan bakal mencipta fenomena di platform Instagram dengan cara tersendiri.
Sumber: Twitter Neelofa