Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Mereka lebih baik & menghormati! Fathia Latiff buka mulut soal cinta. Ini lah ciri-ciri lelaki idamannya

Lama tak dengar kisah Fathia Latiff ni. Sedikit latar belakang mengenai selebriti cantik ini, Fathia dilahirkan pada 1 September 1987 di Ayer Hitam, Pulau Pinang. Latar belakangnya dalam pendidikan bukan biasa-biasa tau.

Fathia memiliki lulusan dalam bidang undang-undang dari Universiti Teknologi MARA. Berbekal minat, dia lebih tertumpu kepada model, berlakon dan terkini ke arah nyanyian pula.

Sumber Instagram

SEPI SEJAK PUTUS DENGAN AIMAN

Kemunculan pertamanya dalam dunia lakonan adalah menerusi drama Nur Kasih pada tahun 2009. Pada ketika itu dia hanya memegang watak pembantu yang mana sebagai Nabila. Dan sejak dari itu lah, wajahnya mula mendapat kepercayaan ramai pengarah.

Pernah bercinta dengan Aiman Hakim

Kehidupan Fathia dilihat sunyi selepas berakhirnya hubungan cinta dengan aktok kacak, Aiman Hakim Ridza. Mereka dikatakan membawa haluan masing-masing pada Disember 2015 lagi. Sejak dari itu, Fathia masih belum menemui pengganti untuk mengisi kekosongan hati.

MINAT LELAKI SAMA ALIRAN

Disapa soal cinta, Nur Fathia Latiff memberitahu yang dirinya lebih selesa untuk bercinta dengan individu yang meminati perkara yang sama, yakni duduk dalam industri hiburan sebagai mana dirinya kini.

Ini kerana, ianya lebih mudah untuk bina kesefahaman. Bila dah minat perkara sama, masing-masing akan lebih memahami tugasan dan kerja antara mereka kelak. Jelasnya, kalau dah jodoh dengan siapa dipertemukan dia tetap akan terima.

Sumber Instagram

IDAM LELAKI BANGSA CINA, LEBIH BAIK DAN MENGHORMATI

Tambah artis cantik molek ini lagi, Fathia lebih mudah meminati seorang lelaki berbangsa cina. Ini kerana, selain daripada rupa mereka juga memiliki peribadi yang baik serta lebih menghormati seseorang. Itu hanya lah pandangan peribadi Fathia.

Dia tidak menafikan yang setiap orang mempunyai pandangan tersendiri mengenai bakal jodoh mereka kelak. Dalam pada itu, berseloroh mengenai dipadankan dengan jejaka mat salleh, Fathia menolak dan tidak terbuka hati ke arah itu.

Sumber Instagram

FOKUS KEPADA KERJAYA DAHULU

Bukan mudah untuk memahami budaya orang lain sedangkan budaya sendiri pun masih sesat. Sehingga hari ini, meskipun umur sudah pun menjengah 33 tahun, Fathia memberitahu dirinya masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Apa yang pasti, Fathia ingin bina kembali kejayaan dalam dunia seni dan kembali fokus dalam setiap kerjanya. Nasihat penulis, jangan terlalu lama biarkan hati tu kosong. Takut nanti bila dah selesa berseorangan, payah pula untuk menerima cinta.

Kongsi artikel ini: