Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Selama ini ramai di antara kita hanya kenal figura ini dengan nama komersilnya, tetapi tidak mengetahui latar belakang atau kisah sebenar di sebalik kejayaan. Nama sebenar Datuk Seri Vida (DSV) ialah Datuk Seri Dr. Hasmiza binti Othman.
DSV berasal dari Machang, Kelantan dan merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik. Orang hanya mula nampak DSV sejak dia bergelar jutawan kosmetik namun sebenarnya kejayaan ini didorong oleh minatnya dalam meniaga.
LALUI BANYAK DUGAAN SEBELUM BERJAYA
Awalnya dahulu dia pernah menjual nasi lemak dan juga kuih muih. Sebelum berjaya, DSV pernah menjadi pekerja kilang. Jadi tidak hairan lah dengan keperitan yang pernah dilalui membuatkan dia bangkit membina empayar perniagaan sendiri hingga digeruni ramai pesaingnya kini.
Produk DSV pernah mencetuskan fenomena beberapa tahun yang lepas. Tetapi ianya dilihat sedikit suram apabila DSV sendiri mula sendu atau pun perlahan. Dulu kita dapat lihat wajahnya sering berada di kaca TV dan banyak tempat dalam mempromosikan produk.
Berbeza kini, namanya mula suram. Itu tidak bermaksud dia memperlahankan perniagaan. DSV masih aktif di media sosial dan terbaru dapat dilihat perkongsiannya di instagram menarik mata penulis tentang perbualannya bersama Cik B.
TAK SEMPAT TANYA DAH KENA WARNING
Mereka bukan berduaan, DSV turut ditemani oleh pengarah drama terkenal iaitu Micheal Ang. Yang mencuit hati apabila DSV meminta pandangan anaknya itu sama ada dia sesuai atau tidak sekiranya dikenenkan dengan pengarah tersebut.
Tak sempat DSV tanya lagi sama ada sesuai atau tidak untuk dijodohkan dengan kekandanya itu, Cik B sudah pun warning siap-siap. Jelas Cik B, untuk hidup berpasangan haruslah seseorang lelaki itu menanggung isteri dan bukan sebaliknya.
Sebelum ini, Micheal Ang pernah berseloroh di media sosialnya untuk mencari peneman hidup yang boleh menanggung kehidupannya kelak. perkongsian DSV ini sekali gus mendapat pelbagai reaksi dari netizen.
“I NAK POMPUAN TU YANG TANGGUNG I”-MICHEAL ANG
NETIZEN SETUJU MEREKA BERDUA DIJODOHKAN
Ada yang berpandangan mereka berdua sesuai digandingkan bersama. Tak kurang juga ada yang memuji respon comel dari Cik B, dah pandai jaga ibunya, taknak jatuh kepada lelaki yang tidak bertanggungjawab kemudian hari.
Apa pun, sama-sama kita doakan agar DSV dijodohkan dengan lelaki yang baik dan dipertemukan kebahagiaan yang dicari selama ini setelah gagal dalam rumah tangganya sebelum ini.
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida