Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama penceramah bebas ini mungkin tidak terkenal seperti mana rakan-rakannya yang lain. Wan Dazrin Wan Din atau lebih selesa disapa Da’i Wan menyifatkan dirinya yang sombong ketika di sekolah dahulu kerana tidak melayan atau berbual dengan mana-mana wanita.
Mana tidaknya, isterinya kini iaitu Syahirah Zamzari terpaksa menunggu cintanya dibalas lebih daripada lapan tahun. Syahirah terpaksa melayan sikap jual mahal Da’i Wan ini sehingga dia terpaksa berurusan sendiri dengan ibu mertuanya sebelum ini.
KENA BERURUSAN DENGAN SENDIRI DENGAN IBU MERTUA
Pantang dicabar, akhirnya Syahirah menyahut cabaran tersebut semata-mata ingin memenangi cinta suaminya itu. Cabaran ini membuatkan Syahirah lebih kuat berdoa dan menyerah keputusan kepada Tuhan.
Kisah ini dikongsikan sendiri oleh isteri penceramah selebriti berkenaan menerusi Instagram beberapa hari yang lepas.
Tiada istilah perigi cari timba. Bila kita rasakan seseorang itu adalah maksud dalam kehidupan, tidak salah untuk kita menunggu dan berdoa agar dijodohkan bersama. Syahirah ada memberitahu yang dirinya seperti gantung tak bertali, terlalu lama menantikan jawapan cinta dari Da’i Wan.
LAGI SOMBONG, LAGI LA NAK KEJAR
Tambah Syahirah, ada suatu kekuatan dalam dirinya untuk menunggu cinta suaminya biarpun dalam temph yang lama. Biarpun Da’i Wan sombong dan bercakap bagai endah tak endah, dia tetap sabar kerana merasakan ada sesuatu antara mereka berdua kelak.
Jelas Da’i Wan, dia sombong bersebab. Dia hanya bercakap dengan golongan wanita bila perlu sahaja. Bagi dirinya, urusan martabatkan diri dan mencari ilmu agama lebih penting berbanding urusan dengan bercinta.
Namun akhirnya semua terjawab setelah isterinya sabar menunggu, mereka diijab Kabul pada 17 Mac 2018.
Itu adalah satu perjuangan tak kira wanita atau lelaki, dalam pencarian jodoh ini kita perlu sentiasa berusaha di samping tetapkan pendirian dengan doa terhadap insan yang kita inginkan. InsyAllah suatu hari nanti akan terjawab segala usaha yang dilakukan.
Sumber: Instagram Syahirah Zamzari