Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Jodoh dan kententuan semuanya terletak di tangan Tuhan. Namun ia bukan bermakna kita boleh mengambil mudah hal rumah tangga mahu pun pencraian ini. Ianya perkara halal yang paling dimurkai.
Menyingkap kembali program anjuran Astro iaitu Pelamin Fantasia, ianya satu usaha Astro dalam menganjurkan program berbentuk majlis perkahwinan. Program ini bersiaran sekitar tahun 2015 di mana mempunyai 10 episod keseluruhannya.
Pemenang bagi program ini akan dihadiahkan pakej perkahwinan dan juga liputan pihak media, ala-ala selebriti. Tak lupa juga, ianya dipengacarakan oleh dua individu terkenal iaitu Faizal Ismail dan Raja Azura.
BEKAS PESERTA PELAMIN FANTASIA BERPISAH SELEPAS 4 TAHUN
Tanpa kita sedar, ujian dalam rumah tangga bukan semudah seperti disangkakan. Ianya turut terjadi kepada top 4 peserta Pelamin Fantasia tersebut. Ianya diceritakan sendiri oleh si isteri setelah 4 tahun berjuang menyelamatakan hubungan dengan suami. Tetapi ianya bagai mencurah air ke daun keladi.
Melalui ruangan Facebook, Szeriena Rashad menjelaskan kepada umum keadaan yang terjadi kepadanya dan juga bekas suami. Awalnya dia dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Kini dia tampil buka cerita perkara sebenar.
SUAMI SEORANG BARAN DAN KAKI BOTOL
Jelas Szeriena, dia sangat menyayangi suaminya sejak dari awal perkahwinan lagi. Namun kasih sayangnya disia-siakan, sebaliknya berlaku apabila si suami bersifat baran dan suka memarahi biarpun perkara kecil yang terjadi.
Masih ingat di ingatan, suaminya dikenali sebagai Azrif bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak, dia jua merupakan seorang kaki botol. Hampir setiap malam Azrif keluar berfoya-foya. Dia pernah berjanji untuk berubah, tetapi faham-faham sendiri lah.
Semuanya dusta belaka. Lebih 10 kali diberi peluang untuk berubah, Azrif tetap berkelakuan sedemikian. Sehinggakan Szeriena pernah ditinggalkan dalam keadaan kelaparan dan dalam poket hanya ada RM4.00 untuk membeli makanan kepada si kecil.
BERGADUH DEPAN ANAK SAMPAI TERLEPAS CAKAP
Tambah Szeriena lagi, Azrif juga suka syak wasangka. Mereka pernah bergaduh besar depan anak-anak disebabkan dia menuduh si isteri ada hubungan dengan lelaki lain. Sampai satu saat, lafaz dilepaskan terhadap Szeriena di hadapan anak-anak yang masih bingung dengan kejadian.
SUAMI MULA PUJUK RAYU, GILA TALAK
Ingatkan lepas dah bawa haluan masing-masing, kehidupan menjadi tenang. Rupa-rupanya, Azrif mula berasa kehilangan. Seakan-akan gila talak, Azrif hampir setiap masa mengganggu Szeriena memujuk untuk kembali ke pangkuan.
Walau bagaimanapun, Szeriena jelaskan cintanya terhadap bekas suami sudah pun tiada. Kesilapan lama Azrif membuatkan Szeriena serik dengan pujuk rayu untuk kembali bersatu.
Secara keseluruhannya, amarah boleh menyebabkan seseorang itu berfikir di luar kawalan. Sikap suami memain peranan dalam membentuk pasangan dan juga keluarga. Jadikan kisah Szeriena dan Azrif ini sebagai pengajaran buat kita semua.
Sumber: Facebook Szeriena Rashad