Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bukan bakat berlakon aksi je! Konfiden Hairul Azreen masuk dapur tunjuk cara memasak tarik perhatian netizen

Hairul Azreen merupakan antara pelakon lelaki paling disegani saat ini. Berbekalkan SPM, awalnya Hairul hanya bekerja sebagai tukang cat di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dengan memperoleh bayaran RM50 sahaja setiap hari.

Sumber Instagram

Kemudiannya, Hairul mendapat tempat sebagai pelakon tambahan. Memegang tali pinggang hitam dalam sukan taekwondo menjadikan artis ini sering membawa watak pelagak ngeri bagi setiap drama dan filem.

BUKAN HEBAT DI KACA TV JE, MALAH HEBAT DI DAPUR

Usaha gigihnya membuahkan hasil apabila dari watak sampingan, kini namanya mula menjadi pelakon utama. Antara filem terbaru lakonan hebat suami Hanis Zalikha ini adalah Paskal dan juga Wira.

Bakat dalam seni pertahankan diri menjadikan Hairul berbeza dengan pelakon lelaki yang lain. Bukan hanya berbakat melalui aksi-aksi lasak, terbaru Hairul ada memperagakan aksi di dapur yang dimuat naik menerusi laman instagram beberapa jam yang lepas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

DAH MACAM CHEF PRO EXPLAIN BAHAN MASAKAN

Perkongsian Hairul ini menarik ramai mata peminat apabila dia seolah-olah dah macam profesional duduk di dapur dan memperkenalkan bahan-bahan untuk memasak. Padahal menunya hanya lah nasi goreng sahaja.

Menjengah ke bahagian komen, pelbagai reaksi yang diberikan peminatnya. Ada yang menyifatkan Hairul pertama kali duduk di dapur apabila memberitahu dua biji telur digunakan untuk secukup rasa.

Sumber Instagram

YUSUFF PANDAI AMBIL HATI DADDY

Tak kurang hebatnya, dengan aksi konfiden Hairul menuang lada ke dalam masakan membuatkan ramai yang terkejut. Mana tidaknya, nasi goreng tersebut untuk disajikan kepada anaknya, Yusuff. Memang pedas la jawabnya.

Sumber Instagram

Yang menariknya, si Yusuff ni pandai jaga hati ayah apabila memuji masakan nasi goreng. Hairannya Yusuff dilihat hanya kulum sahaja nasi tu. Tak pula ditelannya.

Keseluruhanya, bukan mudah untuk kita lihat para lelaki dewasa kini yang pandai memasak mahupun rajin masuk dapur. Yang pasti, panggil isteri dan order apa yang nak makan dah macam di kedai mamak.

Sumber: Instagram Hairul Azreen

Kongsi artikel ini: