Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Boleh tahan! Dah lama peminat tunggu, akhirnya Elly Mazlein belanja wajah bakal suami

Mungkin ada sebahagian peminat Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom tidak tahu yang dia bakal menamatkan zaman ibu tunggalnya pada Sabtu ini, 18 Januari 2020. Setelah lama membesarkan anak seorang diri, akhirnya Kak Lina dilamar oleh seorang cikgu.

Difahamkan cikgu Geografi tersebut berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Sehingga hari ini, Kak Lina masih belum mengumumkan secara terperinci bagi lokasi majlis yang bakal diadakan kelak. Cuma dia memberi gambaran ianya bertempat di sekitar Kuala Lumpur.

ADAKAN MAJLIS BERINAI MALAM INI

Sebelum ini Kak Lina ada memberitahu, bakal suaminya itu telah merancang 5 majlis untuknya. Dan terbaru artis cantik ini membuat perkongsian di instagram bakal mengadakan Majlis Malam Berinai bertempat di PWTC pada malam ini.

Yang menanti dan menarik perhatian peminat adalah individu yang berjaya memikat hati Kak Lina ini. Dah lama sangat menyorokkan wajah, akhirnya Kak Lina telah pun belanja video pre wedding mereka berdua yang dimuat naik instagramnya beberapa jam yang lepas.

BELANJA WAJAH BAKA SUAMI DARI SUDUT SISI

Bagi penulis, sempat juga melihat wajah bakal suami Kak Lina. Boleh tahan segaknya meskipun durasi video yang dimuat naik hanya beberapa selingan sahaja. Walau bagaimanapun, Kak Lina ada memberitahu sebelum ini akan tampil bersama bakal suami pada malam berinai.

Ianya telah mendapat persetujuan bersama oleh cikgu Geografi tersebut meskipun berulang kali cuba dipujuk kerana malu dengan orang ramai. Jadi, para peminat boleh lah saksikan majlis mereka pada malam ini menerusi channel youtube Elly Mazlein sendiri.

PERKONGSIAN ASAL KAK LINA DI IG

“Izinkan Aku Merasa Secebis kebahagian..”

“Kakak lina love sgt .. InsyAllah kakak lina akn jd kan @faridismproduction sebagai photographer & Videographer rasmi kakak lina .. tq @faridismproduction kakak Lina absolutely correction confidently recommends to all kampung people, camtoooo haaaaa”

“Yes I’m so happiness with the results University..”

“InsyaAllah Esok kakak lina akn lanja gambar bakal suami #PapaAwanNano & juge Sefhia.”

“Jgn lupa Saksikan secara live sepanjang majlis Mlm berinai esok di Channel YouTube #DuniaEllyMazlein”

“Doakn moga Semua berjalan dgn lancar ya.”

 

View this post on Instagram

 

Izinkan Aku Merasa Secebis kebahagian 🙏🙏🙏👨‍👩‍👧💍💕 . Videographer & photographer dari @faridismproduction Highly recommended.. Gambar & Video Cantik . kakak lina love sgt .. InsyAllah kakak lina akn jd kan @faridismproduction sebagai photographer & Videographer rasmi kakak lina .. tq @faridismproduction kakak Lina absolutely correction confidently recommends to all kampung people, camtoooo haaaaa . Yes I’m so happiness with the results University 👍👍👍👍👍👍👍 . InsyaAllah Esok kakak lina akn lanja gambar bakal suami #PapaAwanNano & juge Sefhia😍😍😍 . Jgn lupa Saksikan secara live sepanjang majlis Mlm berinai esok di Channel YouTube #DuniaEllyMazlein . Doakn moga Semua berjalan dgn lancar ya

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Sama-sama kita doakan kelancaran majlis yang bakal diadakan. Semoga dengan ikatan yang bakal dibina ini menemui kebahagiaan untuk kedua-dua pihak.

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Kongsi artikel ini: