Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bila faham tanggungjawab! Dukung anak ketika solat Jumaat, lelaki ini buat ramai netizen berasa kagum

Solat Jumaat adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh setiap penganut agama Islam lelaki di hari Jumaat. Masyarakat akan diperdengarkan khutbah ringkas sebelum menunaikan dua rakaat solat menggantikan empat rakaat solat zohor.

Dan setiap kali solat Jumaat, Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) sering kali menayangkan secara langsung khutbah Jumaat bagi berkongsikan ilmu bersama kaum wanita yang berada di rumah. Menariknya tengah hari tadi terakamnya aksi bersahaja seorang bapa yang menjaga anaknya.

Sumber Facebook

DUKUNG ANAK SAMBIL SOLAT JUMAAT

Tindakan lelaki tersebut mendukung anaknya ketika menunaikan solat Jumaat. Momen tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Shareen Omar. Shareen menyifatkan lelaki berkenaan seorang yang telah mencapai kejayaan dunia dan juga akhirat.

Sumber Facebook

“Solat jumaat kat tv tadi, terperasan brader ni gendong ank die semasa solat jumaat. Alhamdulillah.. terbaik la brader ni. Sape2 yang kenal dia, sampaikan salam aku kt dia ya.”

“Cakap kat dia, tahniah sebab berjaya dunia dan akhirat. Dia patut dijadikan contoh weiiiii. Tahniah brader.”

“P/s: motif viral sila jalankan tugas…” Kongsi Shareen bangga dengan lelaki dimaksudkan.

Sumber Facebook

DUNIA DAN AKHIRAT SEIRING

Tindakan lelaki berkenaan sangat terpuji dan bertanggungjawab. Dapat dilihat dalam rakaman gambar stroller anak masih berada di hadapannya. Menunjukkan dia benar-benar suami mithali dan menunjukkan sikap seorang penganut Islam yang terpuji.

Sumber Facebook

Secara tidak langsung, perkongsian Shareen ini menarik perhatian ramai netizen. Ramai menyifatkan lelaki berkenaan tidak lupakan kewajipan untuk beribadat ketika sibuk menjaga anak kecil. Sah atau tidak solatnya bukan menjadi persoalan utama.

Sumber Facebook

Yang penting, lelaki berkenaan memberikan suatu contoh yang patut diikuti oleh ramai para suami yang selama ini terlepas pandang. Walau anak kecil perlu dijaga, bukan alasan untuk seseorang itu meninggalkan perkara wajib ditetapkan agama.

Ini lah yang terjadi apabila seseorang itu faham erti agama dan meletakkan agama di depannya. Semoga perkongsian ini membuka mata ramai para suami tentang tanggungjawab dalam rumah tangga tanpa mengabaikan hukum agama.

Sumber: Facebook Shareen Omar

Kongsi artikel ini: