Tulisan jawi menjadi perbahasan sejak akhir-akhir ini sejak usaha untuk menambah elemen ini ke dalam sistem pendidikan. Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan ataupun salah silah tulisan jawi ini.

TULISAN JAWI DAH LAMA WUJUD

Tulisan jawi adalah huruf-huruf Arab dengan gabungan beberapa huruf tambahan yang digunakan bagi menghasil atau membentuk bahasa Melayu. Ia adalah penulisan rasmi penduduk Tanah Melayu sewaktu lama dahulu.

Antara bukti kukuh penggunaan tulisan jawi ini adalah Batu Bersurat Terengganu yang mana merupakan artifak bertulisan Jawi tertua yang pernah dijumpai iaitu bertarikh 1303 Masihi.

LELAKI BERBANGSA CINA MAMPU TULIS JAWI DENGAN BAIK

Isu tulisan jawi ini sedikit sebanyak menarik perhatian ramai pihak sekali gus beberapa hari lepas, rancangan Malaysia Hari Ini yang berlangsung di TV3 mengupas tajuk ini. Menarik di mata penulis adalah slot mengenai warga emas berbangsa cina yang mampu bertulisan jawi dengan baik.

Dikenali sebagai Kuah Leong Chuan berusia 64 tahun berasal dari Kuala Selangor sudah pun menguasai tulisan jawi ini sejak 40 tahun yang lalu. Dia mula berminat dan belajar teknik tulisan jawi sejak usianya belasan tahun lagi.

TULISAN JAWI SEBAGAI PUNCA REZEKI

Kuah Leong Chuan menjadikan tulisan jawi sebagai pencarian punca rezekinya. Dia mengambil tempahan menulis nama dalam tulisan jawi di atas batu nisan orang muslim. Kerjaya ini adalah turun temurun sejak dari bapanya.

Pak cik Kuah menceritakan perjalanan hidupnya yang awalnya belajar tulisan jawi sambil menggeletar tangan. Tulisan yang terhasil juga tidak lah cantik seperti sekarang. Tiada perasaan sombong, dia turut belajar tulisan jawi ini dari pelanggan-pelanggannya juga.

ZAMAN BERUBAH, SEMAKIN DILUPAKAN

Jelasnya, peredaran zaman membuatkan tulisan jawi semakin dilupakan. Ramai kini masyarakat tidak lagi menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan utama mereka. Tambahnya, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan tulisan jawi ini.

Dia sendiri tidak akan mengukir atau menulis apa-apa ayat lain di atas batu nisan meski pun diminta oleh pelanggannya. Dia hanya menulis maklumat si mati dan juga perkataan Al-Fatihah sahaja. Dalam menyiapkan kerja ini, dia hanya mengambil masa sekitar satu jam sahaja setiap tempahan.

KREDIT VIDEO PENUH:

Semoga dengan bingkisan dari program Malaysia Hari Ini sedikit sebanyak membuka mata pihak yang kurang peka atau pun melupakan seni tulisan jawi ini.

Sumber: Youtube Malaysia Hari Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here