Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ibu bapa adalah asbab kenapa kita wujud di atas muka bumi ini. Untuk meneruskan legasi kehidupan, sebagai anak wajib untuk membalas dan mengingati segala pengorbanan yang dicurahkan oleh ibu dan ayah kita dahulu.
Dalam meyebarkan ilmu agama dan dakwah, Ustaz Ebit Lew dilihat sempat berkongsikan cerita dan ilmu agama dan terbaru dengan youtuber terkenal iaitu Syahmi Sazli berserta kumpulan produksinya.
EBIT KONGSI KISAH IBU, BUAT YOE MENITISKAN AIR MATA
Yang sering berada di sisi selain isteri, pelakon utamanya Yoe Parey dan Asif turut ada meluangkan masa bersama mendengar perkongsian dari Ebit Lew ini. Seperti umum ketahui, Ebit Lew terkenal dengan sikap mesra dan penuh kasih sayangnya.
Begitu juga pada kali ini, dia berkongsikan soal ibu dengan penuh rasa. Sehinggakan wajah Yoe berubah. Awalnya Yoe Parey cuba menahan namun akhirnya dia dilihat berkali-kali mengusap air mata. Difahamkan mereka semua berjumpa selepas Ebit Lew selesai menyampaikan ceramah di Matrikulasi Kelantan.
YOE BERLARI CUBA DAPATKAN TELEFON, HUBUNGI EMAKNYA
Menurut penulisan Ebit, sebelum ini Yoe sering menonton ceramahnya. Bercerita mengenai mak, Yoe berlari ke kereta cuba mendapatkan telefon. Jelasnya untuk menghubungi ibunya sebagai tanda syukur. Selepas itu, Yoe ceramah pula kepada Asif agar rakannya itu lebih memahami.
Tidak terhenti di situ, selepas isteri Syahmi, Nissa bertanyakan mengenai kepentingan solat, penjelasan dari Ebit membuat ke semua di depannya mengalirkan air mata terkesan dengan nasihat darinya ini.
HARGAI IBU, DIJAMIN REZEKI BUAT KITA KELAK
Hargai lah insan bernama ibu dan ayah selagi mereka masih hidup. Berbakti selagi mampu kerana Tuhan telah pun berjanji selagi mana kita mampu memberikan kebahagiaan kepada orang tua kita, akan dijamin rezeki kelak.
Sedangkan Yoe yang memiliki kekurangan mampu menitis air mata tanda faham pengorbanan ibunya, apa tah lagi kita insan normal yang mempunyai akal fikiran yang waras. Semoga perkongsian ini memberi seribu makna buat kita semua.
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew