Dah tak nampak! Ikuti penjelasan Noor Nabila selepas prosiding hakam dilalui bersama Sharnaaz

Hati dah mula tawar! Itu lah yang boleh digambarkan keadaan rumah Noor Nabila kini tehadap Sharnaaz Ahmad. Keadaan mereka mula berantakan sejak setahun yang lalu lagi. Namun, sehingga hari ini kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa ini tidak nampak usaha dari suaminya itu.

Sumber Instagram

Nabila menyifatkan yang Sharnaaz langsung tidak menunjukkan ciri-ciri untuk berbaik demi menyelamatkan perkahwinan mereka. Dah macam gantung tak bertali. Hal ini dijelaskan sejurus sebutan kes percraian mereka yang terpaksa melalui proses timbang tara ataupu lebih tepat hakam.

MAHKAMAH TERPAKSA GUGURKAN HAKAM

Walau bagaimanapun proses ini dilihat masih gagal mencari kesepakatan dan secara tidak langsung pihak mahkamah terpaksa menggugurkan hakam yang diwakili oleh pihak masing-masing. Dengan ini, mahkamah menetapkan 27 Februari depan bagi melantik hakam yang baru.

Sumber Instagram

Nabila yang ditemui berkata proses ini sepatutnya sangat mudah dan boleh diselesaikan dengan cepat sekiranya Sharnaaz berikan kerjasama yang baik, hanya melafazkan perpisahan. Tetapi mereka terpaksa melalui proses panjang ini sehingga percraian tak dapat dibuat.

ENGGAN TERUSKAN PERKAHWINAN

Dalam kata lain, Nabila dilihat nekad untuk tidak meneruskan perkahwinan ini dan masing-masing dah boleh faham untuk teruskan kehidupan seterusnya. Nabila dan Sharnaaz masing-masing melalui kehidupan menyendiri dah hampir setahun. Tetapi usaha untuk berbaik tetap buntu.

Sumber Instagram

Dalam pada itu, Nabila menegaskan yang mereka berdua mempunyai anak bersama iaitu Jebat Jayden. Seeloknya jangan dipanjangkan ataupun mana-mana pihak tidak perlu terasa hati. Bila berbaik, masing-masing boleh besarkan anak tanpa rasa dendam mahu pun marah.

SHARNAAZ TAK MAHU MENGULAS PANJANG

Dalam usaha mendapatkan penjelasan dari Sharnaaz pula gagal apabila aktor kacak ini hanya mengulas tiada apa yang perlu dia cakap buat masa sekarang.

Sumber Instagram

Dalam prosiding yang berlangsung, Sharnaaz diwakili oleh peguam Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Noor Nabila pula diwakili oleh Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Justeru, selagi mana mereka bergelar isteri, masih ada sekelumit harapan untuk mereka memulihkan keadaan seperti sediakala. Sama-sama kita titipkan doa agar kemelut melanda mereka menemui jalan penyelesaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *