Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Orang tak rasa, sedap la cakap! Aliff Aziz tampil memberi respon video tunjuk anu yang tersebar

Nama selebriti kelahiran Singapura, Aliff Aziz menjadi perhatian netizen beberapa hari lepas. Dirinya seolah-olah tiada kesedaran ataupun tidak mengambil iktibar dari kejadian yang pernah menimpa dirinya sebelum ini.

Memandangkan Aliff seorang artis, sudah pasti gerak gerinya menjadi tumpuan utama. Meski pun jika dia berada di pihak yang benar, tetapi dengan perwatakan terpekik terlolong, masyarakat tetap akan memandang serong kepadanya.

ALIFF BUAT HAL LAGI, SIAP NAK TUNJUK ANU

Ini berkisarkan tersebarnya aksi salah faham Aliff di salah sebuah restoran, difahamkan kejadian berlaku Singapura. Dalam rakaman pendek berkenaan, dapat dilihat Aliff membuat provokasi terhadap seorang individu.

Keadaan Aliff sewaktu bertengkar

Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, penyanyi yang terkenal dengan lagu sayang-sayang ini meninggikan suara serta membaling kerusi kepada individu berkenaan.

BACA: Tidak pernah serik! Aliff Aziz sekali lagi tampil dengan video kurang menyenangkan di tempat awam

AKHIRNYA ALIFF SENDIRI BUKA MULUT

Mengambil masa beberapa hari mendiamkan diri, akhirnya Aliff Aziz tampil memberi maklum balas berkenaan insiden yang menimpa dirinya itu. Beberapa jam yang lepas, Aliff dilihat memuat naik status di IG story.

Sumber Instagram

Jelas Aliff, tiada seorang yang merasakan kesukaran ataupun kesulitan yang sedang dia hadapi kini. Jadi dia tidak kisah sekiranya ada pihak mempersendakan keadaan yang dialaminya itu. Apa yang pasti, dia masih percayakan Tuhan selagi mana Dia ada disisi. Kerana rezeki adalah milikNya.

CERMIN DIRI SENDIRI DAHULU

Tambah Aliff lagi, dia meminta jangan ada pihak yang cepat menghukum. Mereka perlu melihat diri sendiri terlebih dahulu sebelum menilai orang lain. Takut nanti terkena di atas batang hidung sendiri baru tahu peritnya macam mana.

Sumber Instagram

Menjengah kepada Instagram artis berkenaan, Aliff dilihat memadam semua gambar lama. Seolah-olah memberi gambaran ingin mulakan kehidupan yang baru. Sama-sama kita doakan benda yang baik, dan Aliff diberi kekuatan dalam melawan segala tekanan yang dihadapi.

Sumber: Instagram Aliff Aziz

Kongsi artikel ini: