Terbaru, masalah kesihatan di Malaysia nampaknya semakin merudum dengan serangan kes influenza yang menyerang kebanyakkannya kanak kanak. Setiap hari, kita sering mendapat berita tentang kes kes baru yang dijangkiti virus ini.

BACA : Berat dugaan mereka! Awalnya abang kena Influenza A, akhirnya lain pula yang terjadi kepada si adik

Namun begitu, sejauh manakah kita sebagai penduduk di Malaysia yang faham akan virus itu? Ini adalah beberapa info tentang influenza.

Sumber Facebook

MEREBAK MELALUI UDARA

Influenza merupakan satu virus yang boleh merebak melalui udara yang kita hidu setiap hari yang merupakan virus yang menyerang pada hidung, tekak dan paru paru kita tidak kira pada usia umur.

Sumber Facebook

Virus influenza ini mula senang merebak di negara tropic seperti Malaysia pada kebanyakkannya pada bulan Oktober hingga Januari dan April hingga Jun pada setiap tahun.

INFLUENZA ADA TIGA KATEGORI

Virus influenza ini secara umumnya terbahagi kepada 3 kategori iaitu Influenza A, B, dan C yang masing masing mempunyai perbezaan tersendiri.

INFLUENZA A
Virus yang boleh menyerang manusia dan haiwan yang sekali gus membuatkan ia sangat berbahaya.

INFLUENZA B
Virus ini hanya boleh menyerang manusia dan ianya boleh menjadi tidak teruk dan kadang kala jadi berbahaya kepada kita.

INFLUENZA C

Virus ini yang tidak epidemic dan boleh menjangkiti manusia namun begitu ianya jarang berlaku.

CARA ELAK DIJANGKITI

Vaksin influenza perlu di ambil pada setiap tahun di atas beberapa faktor menurut daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebabnya adalah seperti berikut:

1. Virus Influenza boleh berubah struktur pasa setiap masa.
2. Vaksin fluenza akan dikemaskini formula pasa setiap tahun oleh WHO.
3. Formula untuk vaksin influenza akn dibuat mengikut kesesuain dengan virus yang tular pada musim itu.

Selain mengambil vaksin, berikut juga cara bagi mengelakkan diri kita daripada dijangkiti oleh influenza:

Sumber Facebook

1. Tidak mengunjungi tempat yang menjadi tumpuan ramai contohnya di pusat membeli belah
2. Membasuh tangan menggunakan pencuci yang sesuai
3. Memastikan tangan dalam keadaan bersih apabila menyentuh mata, mulut atau pun hidung
4. Menutup mulut ketika ingin batuk dan bersin

TANDA TERKENA JANGKITAN

Rata rata rakyat Malaysia masih lagi tidak dapat membezakan tanda tanda dijangkiti influenza ataupun selesema biasa. Dinasihatkan agar mendapat rawatan dengan kadar segera jika mempunyai tanda seperti berikut:

1. Demam berpanjangan
2. Selesema berpanjangan
3. Batuk berpanjangan

Sumber Facebook

GOLONGAN RISIKO TINGGI DIJANGKITI INFLUENZA

Jangkitan influenza ini boleh dikenal pasti dengan mengambil sampel cecair hidung (nasal swab) oleh itu pesakit asma, jantung, diabetis dan kanser merupakan golongan yang senang dijangkitan ini. Tidak kurang juga ibu mengandung dan kanak kanak.

Sampel yang diambil itu akan menjalani prosedur makmal genetic bagi mengenal pasti dengan lebih lanjut akan virus yang menyerang.

Begitulah mengenai influenza yang sedang menyerang ramai rakyat Malaysia dan berharap akan pembaca dapat bayangan mengenai virus ini dan mendapat idea bagi mengelakkan daripada dijangkiti.

Sumber :Facebook KKM, Info Sihat, mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here