Ibadat bukan boneka! Ramai tak tahu sikap Izara Aishah, dalam diam tunai umrah dengan suami tercinta

Izara Aishah adalah bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 dan merupakan antara pesaing kepada Neelofa, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan ramai lagi ketika itu. Sejak dari situ lah kerjayanya bermula dalam dunia seni hiburan tanah air.

Baru sahaja mengumumkan sedang berbadan dua setelah sekian lama bergelar isteri. Dia mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada November 2017 lagi. Akhirnya impian mereka untuk menimang cahaya mata pada tahun 2020 akhirnya tercapai jua.

BACA: Impian 2020 tercapai! Kejayaan besar yang dikecapi Izara Aishah dan suami buat netizen kagum

Sumber Instagram

IZARA SEORANG YANG BERAHSIA

Umum sudahpun mengetahui sikap Izara yang sangat berahsia. Sejak dia menyertai Dewi Remaja lagi, Izara enggan berkongsikan kisah peribadinya kepada umum. Mungkin setengah pihak menganggap ia suatu kelakuan yang sombong.

Sumber Instagram

Namun, dari sudut positifnya dapat membendung cakap-cakap ataupun dijadikan buah mulut sesetengah pihak sekiranya terlalu bersikap terbuka. Terbaru, artis cantik ini dikhabarkan telah pun menjadi tetamu untuk menunaikan ibadat umrah bersama suaminya.

TIADA SIAPA YANG TAHU IZARA TUNAI UMRAH

Walau bagaimanapun, dia langsung tidak memberi perkhabaran atau berita perkembangan selama mereka berada di sana. Bercanggah dengan rakan artis yang lain, sudah pasti akan berkongsikan momen mengerjakan umrah bersama peminat mereka.

Sumber Instagram

Hal ini hanya diketahui melalui rakan artis iaitu Lufya Omar. Lufya dilihat memuat naik gambar mereka bersama ketika berada di Madinah beberapa jam yang lepas. Keberadaan Izara dan suami langsung tidak diketahui umum dan ini merupakan suatu contoh yang baik.

IBADAT BUKAN BONEKA UNTUK DIPAMER

Ibadat bukan untuk ditunjuk atau dipamer kepada orang ramai. Cukup sekadar diri sendiri dan Tuhan sahaja tahu bertapa ikhlas ibadat ini dilakukan.

Sumber Instagram

Sekali gus, perkongsian ini mendapat reaksi yang sangat positif dari netizen. Mereka memuji penampilan Izara dan Lufya yang sama cantik mengenakan hijab. Tidak dilupakan mereka turut mendoakan agar Izara kekal dengan imej sebegini.

Semoga contoh baik dari Izara Aisyah ini dapat diikuti oleh kita semua dalam mengejar keikhlasan beribadat.

Sumber: Instagram Lufya Omar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *