Hilang hati nurani! Orang kampung enggan beri kerjasama, bapa hilang arah urus tubuh kaku anak

Manusia dikurniakan akal dan fikiran yang waras dalam menentukan sesuatu keputusan. Itu lah yang membezakan antara kita dan hidupan yang lain di sisi Tuhan. Kisah yang ingin penulis kongsikan pada kali ini berkait rapat dengan pemikiran manusia.

Beberapa jam lepas, ada perkongsian dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Abam Botak di laman Facebook, mengisahkan sebuah cerita benar yang sangat menyayat hati. Entah dimana silapnya, seorang bayi telah dijemput Ilahi namun jenzahnya tidak dapat diuruskan dengan baik.

Sumber Facebook

ORANG KAMPUNG ENGGAN BERI KERJASAMA KEPADA JENZAH SI KECIL

Difahamkan kejadian ini berlaku di Sabah. Diceritakan bapa kepada bayi tersebut sudah puas mencari tanah dan juga imam untuk menyegerakan urusan anaknya itu. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang memberikan pertolongan walhal ianya adalah Fadhu Kifayah sebagai umat Islam.

Tambah Abam Botak, dia sangat kesal dengan sifat yang ditunjukkan oleh penduduk kampung si mangsa. Anaknya meninggal selepas baru sahaja dilahirkan. Dek kerana si ayah tidak mempunyai sumber kewangan dan dokumen tidak lengkap, badan anaknya dinafikan untuk ditanam di kampung tempat tinggal mereka.

Sumber Facebook

AKHIRNYA DITANAM DI SIM-SIM, SANDAKAN

Jika persoalkan mengenai kewarganegaraan, di mana nilai hati nurani di saat tubuh kaku mula mereput. Seharusnya perkara ini perlu budi bicara dan seeloknya dipercepatkan urusan kerana ianya adalah tuntutan dari agama kita sendiri.

Setiap ujian yang menimpa pasti akan ada penyelesaian. Menurut Abam Botak, masalah tersebut akhirnya dapat diselesaikan apabila ada pihak yang sudi membantu. Bayi berkenaan dapat juga ditanam di (TPI) Sim-sim, Sandakan.

Sumber Facebook

Secara tidak langsung perkongsian Abam Botak ini mendapat perhatian pengguna media sosial. Ada yang memberi pendapat agar Abam Botak melaporkan hal kejadian kepada pihak berwajib agar dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada orang kampung yang tidak bertanggungjawab ini.

KECEWA DENGAN MENTALITI BEGINI

Mereka turut memberikan reaksi kecewa dengan masalah yang menyelubungi si ayah dan juga bayi kecil tersebut semata-mata alasan yang tak masuk akal.

Sumber Facebook

Semoga perkongsian ini membuka mata kita semua dalam tidak membezakan taraf seseorang dalam menyelesaikan urusan wajib. Sama-sama kita doakan keluarga arwah diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Sumber: Facebook Abam Botak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *