Floor 88 adalah salah sebuah band yang mula mendapat tempat di telinga pencinta muzik tanah air. Kumpulan ini sudahpun ditubuhkan sejak tahun 2007 lagi. Dan ianya dianggotai oleh 6 orang ahli iaitu Ayie Elham, Eric Fuzi, Achoi, Akram, Amir dan juga Falique.

Sumber Instagram

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa mereka semua ini adalah bekas pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Minat mendalam dalam dunia muzik memberi ilham kepada mereka untuk membawa lagu jenis pop rock ataupun alternative rock sekali gus diterima ramai.

MULA DIKENALI MELALUI LAGU ZALIKHA

Nama Floor 88 ini mula menjadi bualan setelah mengeluarkan single pertama mereka pada tahun 2017 iaitu Zalikha. Sejak dari itu kumpulan ini mula menjadi bualan dek kerana penangan lagu Zalikha sehinggakan diperdengarkan banyak stesen radio ketika itu.

Sumber Instagram

Menjadi penyanyi berkumpulan yang terkenal bukan lah mudah. Mereka sering dijemput untuk melakukan persembahan dalam mendekatkan lagi kumpulan ini bersama peminat mereka. Semalam, mereka baru sahaja membuat persembahan live sempena Konsert Gempak NEGERIfm.

AYIE TIBA-TIBA REBAH SEWAKTU PERSEMBAHAN

Malang tidak berbau apabila segala perancangan tidak dapat disudahkan dengan sempurna. Difahamkan vokalis utama Floor 88, Ayie Elham rebah dan tidak sedarkan diri. Kejadian berlaku sewaktu Ayie sedang membuat persembahan, menyanyikan lagu Aqilah.

Ayie dilihat secara tiba-tiba rebah setelah dia sempat menoleh seketika ke belakang. Sekali gus persembahan mereka terpaksa dihentikan dengan serta-merta. Sejurus kejadian, kumpulan Floor 88 menerusi instagram memohon maaf kepada peminat mereka atas kejadian yang berlaku.

Ahli kumpulan tersebut meminta orang ramai sama-sama mendoakan kesihatan vokalis utama mereka agar kembali sihat seperti sedia kala. Tidak dijelaskan secara tepat punca sebenar yang mengganggu kesihatan Ayie.

Sumber Instagram

PEMINAT INGATKAN GIMIK PADA AWALNYA

Awalnya peminat rasakan itu adalah gimik persembahan Floor 88. Namun ternyata andaian tersebut adalah salah. Rata-rata mereka medoakan kesihatan Ayie dan meminta dia lebih berhati-hati dalam mengutamakan kesihatan terlebih dahulu berbanding kerja.

Sumber Instagram
Sumber Instagram

Dapat dilihat sejak awal persembahan lagi Ayie menyanyi dalam keadaan tak menentu, bagai ada yang tidak kena. Suaranya ada kala tidak sampai malah tenggelam timbul. Semoga Ayie dan Floor 88 dipermudahkan segala urusan dan kembali menggegarkan peminat selepas ini.

Sumber: Instagram Floor 88

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here