Diva AA atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Haji Ali merupakan salah seorang pengacara popular suatu ketika dahulu. Mempunyai latar belakang yang hebat, Diva AA memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1991.

Diva AA pernah mencapai kemasyuran di zaman 90an apabila dirinya sering dikejar banyak stesen penyiaran dek kerana kebijaksaannya dalam mengelola program berunsur hiburan pada ketika itu. Malah memenangi pelbagai anugerah dan salah satunya Anugerah Televisyen Asia 1999.

MENEMUI ZAMAN KEJATUHAN

Lumrah sebagai selebriti, seiring dengan usia, Diva AA ini dilihat terumbang ambing dalam kerjaya seni sejak akhir-akhir ini. Di tahun 2016 paling ketara apabila dia jarang muncul di kaca TV atau mana-mana program. Ada pun hanya sekadar tetamu jemputan atau juri undangan sahaja.

Dalam perkembangan terbaru, program Begitu Begini Bersama DJ Nazz ada menjemput Diva AA sebagai artis undangan untuk berkongsikan kisah hidup sepanjang kariernya bergelar artis. Yang menarik perhatian sepanjang temu bual itu adalah perkongsian rasa cintanya terhadap Ziana Zain.

CINTA KEPADA ZIANA ZAIN BERTEPUK SEBELAH TANGAN

Diva AA tanpa segan silu meluahkan rasanya yang kemudian putus harapan terhadap penyanyi terkenal berkenaan. Dia masih ingat setiap detik yang berlalu sepanjang tempoh pengenalan mereka.

Jelas Diva AA, dia membayangkan dirinya hangat bercinta dengan Ziana Zain. Pernah berjumpa dengan bapa penyanyi berkenaan dan siap minta izin untuk membawa anaknya keluar makan malam. Hatinya benar-benar inginkan Ziana waktu itu.

Namun, tak semua yang kita impikan menjadi kenyataan. Diva AA seolah-olah bertepuk sebelah tangan kerana Ziana tidak memiliki rasa atau cinta sama seperti yang dia rasakan selama ini.

ZIANA SEORANG YANG SEMPOI DAN SIMPLE

Tak lari dengan mulut becoknya dia memberitahu Ziana akhirnya menemui karma apabila mempersoalkan kejadian yang menimpa rumah tangga Ziana hingga hari ini. Ibarat hati seperti dirobek, Diva AA seolah-olah tidak dapat menerima hakikat cintanya ditolak sewaktu dia melamar Ziana dahulu.

Dalam pada itu, Diva AA ada menyifatkan yang Ziana memiliki perwatakan yang simple dan disebabkan itu lah dia tidak dapat melupakan penyanyi Kemelut Di Muara Kasih berkenaan.

KREDIT VIDEO PENUH:

Kenangan hanya tinggal kenangan. Rasanya Diva AA perlu melupakan kenangan antara mereka berdua untuk teruskan kehidupan. Sehingga kini dia masih lagi dengan kehidupan solonya. Sama-sama kita doakan pengacara popular ini bertemu jodoh yang sesuai seperti yang diimpikan.

Sumber: Youtube Gegar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here