Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Syafie Naswip antara pelakon berbakat besar yang mula dicungkil sejak umurnya belasan tahun lagi. Dia muncul di layar perak menerusi filem Mukhsin pada tahun 2007. Pada awal pembabitan, Syafie hanya menemani adik saudaranya untuk uji bakat.
Dan akhirnya dia turut serta diuji bakat oleh Yasmin Ahmad pada ketika itu untuk memegang watak Mukhsin. Bagaikan sebuah permata yang digilap hebat oleh Yasmin Ahmad, Syafie mula bergiat aktif dalam lakonan sehingga berjaya menerima anugerah pembantu lelaki terbaik.
NAMA TERPALIT DENGAN BUALAN NETIZEN
Menjadi seorang artis bukan perkara yang mudah. Meski pun Syafie Naswip ini lebih dikenali sebagai seorang yang pendiam dan merendah diri, namanya tetap menjadi bualan hangat apabila hubungannya dengan Aishah putus di tengah jalan pada akhir tahun lepas.
KELUARGA JADI KEUTAMAAN, HADIAHKAN RUMAH SEMI-D BUAT MAK DAN AYAH
Tidak menjadikan kisah percintaan sebagai suatu kegagalan dalam kehidupan, Syafie terus bangkit dan lebih mengutamakan keluarga. Dia kini dilihat lebih fokus untuk mengembirakan keluarga yang tersayang.
Syafie dan adik beradik yang lain berpakat telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah rumah mewah iaitu semi-D buat kedua ibu bapanya sebagai tanda penghargaan jasa dan pengorbanan mereka selama ini.
EMPAT TAHUN IKAT PERUT MENYIMPAN DUIT
Jelas Syafie, untuk membeli rumah ini bukan lah suatu perkara yang mudah namun ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan. Dia dan adik beradik yang lain terpaksa mengharungi empat tahun mengumpul duit dalam menjayakan impian tersebut.
Sehingga sampai mengikat perut asalkan dapat melihat mak dan ayah mereka tersenyum bahagia. Tambahnya lagi, mereka mula menyimpan sejak tahun 2016 lagi dan pada ketika itu mereka masih buta dalam hal-hal urusan jual beli rumah sehingga lah dipertemukan dengan orang yang betul.
DULU DIHERDIK, SEKARANG MENJADI KEBANGGAAN MAK AYAH
Tidak dinafikan, perasaan teruja melebihi segalanya apabila masih menanti rumah mereka yang belum siap sepenuhnya lagi. Syafie ada memberitahu yang dirinya pernah diherdik sewaktu kecil akhirnya mampu menjadi kebanggaan buat mak dan ayah kini.
Diharapkan urusan Syafie Naswip dan keluarga dipermudahkan kelak. Semoga perkongsian dari Syafie ini memberikan contoh yang baik buat anak muda dalam menghargai susah payah ibu bapa membesarkan anak-anak. Tanpa mereka siapa lah kita di atas muka bumi ini.
Sumber: Instagram Syafie Naswip