Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Macam majlis tahlil! Buah hati pemain bola sepak terkenal beri kejutan buat Syifa Melvin

Pelakon jelita Syifa Melvin tidak lekang lagi di mata peminat oleh bakat lakonan dan juga kecantikan rupa paras yang dimiliki. Syifa Melvin atau nama penuhnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26 tahun merupakan adik kepada pelakon jelita Syatilla Melvin. Adik beradik ini mempunyai rupa paras yang seakan sama dan tak jemu mata memandang.

KALAU JODOH SAMPAI ESOK PUN BOLEH KAHWIN

Difahamkan Syifa Melvin sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan pemain bola sepak negara Safawi Rasid yang kini sedang dalam perancangan untuk melanjutkan lagi hubungan ke yang lebih serius. Menurut Syifa lagi dia belum dapat mengesahkan butiran lanjut berhubung perhubungan itu selain mengharapkan satu pengakhiran yang baik.

Sumber Instagram

Jelasnya lagi, belum masanya untuk memberitahu umum kerana bagi dirinya jika dah jodoh, esok hari pun boleh berkahwin. Perancangan kita sememangnya baik namun begitu menurut Syifa, jodoh itu tidak akan kemana cuma masa sahaja yang menentukannya.

Sumber Instagram

“Dalam sesuatu perhubungan itu kita mestilah berharap kepada pengakhiran yang baik dan halal”-Syifa Melvin

KAHWIN IKUT ADAT MELAYU BUKAN BARAT

Tambah Syifa lagi jika ingin mengadakan majlis perkahwinan dia akan memilih untuk mengikut adat melayu dan ikut seperti yang dilakukan oleh orang tua dan bukan lah hanya melamar dengan memakai cincin persis dengan budaya yang ditunjukkan di barat.

SAMBUT HARI LAHIR PALING BERMAKNA

Pada Isnin baru baru ini, Syifa telah pun dikejutkan dengan satu kejutan yang dilakukan oleh teman lelakinya bersama teman teman bagi meraikan kelahiran ke 26 tahun dirinya di sebuah pusat karaoke.

Menurut Syifa dia tidak menyangka mendapat kejutan yang begitu bermakna kerana dia dan teman lelakinya hanya berhasrat untuk pergi makan malam di sebuah restoran namun begitu, malam diteruskan dengan ke pusat karaoke lalu dikejutkan oleh semua teman baik.

Sumber Instagram

Tidak kurang itu juga, teman lelakinya menjemput penyanyi kesukaan Syifa iaitu Luqman Faiz dan Haqiem Rusli bagi mendendangkan lagu kesukaan Syifa pada malam penuh bermakna itu.

MACAM TAHLIL, 3 HARI 3 MALAM

Syifa juga menyifatkan sambutan kelahiran dirinya ibarat tahlil kerana tidak putus putus mendapat jemputan bagi meraikan kelahiran itu.

Sumber Instagram

Sumber : mStar, Instagram Syifa Melvin 

Kongsi artikel ini: