Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kena tanggung beban anak tiri! Ramai sokong Issey, bidas komen sindiran pedas dari netizen

Seperti sedia maklum, pelawak dan juga penyampai radio Suria FM iaitu Issey Fazlisham baru sahaja menamatkan zaman dudanya dengan memilih seorang ibu tunggal dan juga kenalan lama pada 22 Disember lepas.

BACA: Kahwin bukan sebab orang lain! Bakal tamat zaman duda, Issey Titan dedah wajah bakal isteri

Noor Aini Jamel merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anak. Tak sampai sebulan berkahwin, mereka berdua sudah pun menerima sindiran dari individu yang tidak dikenali menerusi komen instagram Aini.

Sumber Instagram

KASIHANNYA KENA TANGGUNG TIGA ORANG ANAK TIRI

Sindirin tersebut dimaklumkan sendiri oleh Issey beberapa jam lepas yang mana individu tersebut menyifatkan Issey kurang bernasib baik kerana terpaksa menanggung tiga orang anak tirinya. Entah di mana adab dan pemikiran masyarakat kita, tanpa menjaga sensitiviti orang lain.

Issey walau bagaimanapun tidak cepat melatah apabila memberikan respon positif terhadap komen berbaur sindiran tersebut. Jelas Issey, dia lebih gembira dengan pilihan hati dan anugerah keluarga yang diberikan ini.

Sumber Instagram

LAGI HAPPY ADA LAH DENGAN PERKAHWINAN KEDUA INI!

Baginya, kejadian yang menimpa Aini dahulu kehilangan suami akibat kemalangan menyebabkan Issey diamanahkan oleh Tuhan untuk menjaga mereka sekeluarga. Apa yang diharapkan oleh pelawak versatil ini adalah titipkan doa kebahagiaan dan dapat menggalas tanggungjawab dengan baik.

Dalam pada itu, Issey dilihat memberi sokongan buat isterinya, Aini agar jangan mengambil kisah dengan komen-komen kurang baik dari netizen kerana kini Aini secara tidak langsung terima tempiasnya apabila berkahwin dengan selebriti seperti Issey.

Sumber Instagram

RAMAI YANG TITIP KATA SEMANGAT

Mulut manusia ni kita tak dapat tutup, yang pasti keikhlasan dalam bercinta hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Tidak bersendirian, Issey mendapat sokongan dari rakan artis dan juga peminat yang lain. Mereka memberi kata-kata semangat buat Issey dan isteri agar mengabaikan mulut-mulut sebegitu. Apa yang pasti teruskan jadi bapa yang baik kepada anak-anak.

Sumber Instagram

Kesimpulannya, jodoh ini rahsia Tuhan. Kita tidak tahu dengan siapa kita dijodohkan kelak. Jadi, doakan yang terbaik untuk rumah tangga Issey dan Aini agar dipertemukan dengan kebahagiaan seperti yang dicari menerusi mahligai yang dibina ini.

Sumber: Instagram Issey Fazlisham

Kongsi artikel ini: