Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cari nafkah dengan jual buku! Individu kritik kualiti puisi Puteri Balqis, ibu bapa salah guna duit anak

Minggu ini sahaja heboh di media sosial berkenaan kisah yang menimpa pelakon cilik, Puteri Balqis yang dahulunya menjadi pilihan utama ramai pengarah dan pihak produksi namun tidak kini. Difahamkan Puteri Balqis atau lebih selesa Aqish bagaikan hidup gelandangan.

BACA: Bagaikan roda! Dulu pelakon cilik Puteri Balqis disanjung, kini hidupnya berubah dan ramai tak sangka

Sumber Instagram

JUAL BUKU SEBAGAI MATA PENCARIAN UTAMA

Difahamkan Aqish dan ibunya boleh diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada ketikanya Aqish sampai dua tiga hari beralaskan perut kosong. Kisah kehidupan terbaru Aqish ini didedahkan oleh program Bersamamu baru-baru ini.

Sekali gus ramai yang tidak menyangka sampai sebegitu sekali daif yang perlu diharungi mereka sekeluarga. Dah la tidak sihat, terpaksa pula Aqish mencari pendapatan dengan menjual buku berjudul 38 Poems of Puteri Balqis di tengah-tengah ibu kota.

Sumber Instagram

KOMEN PEDAS, IBU BAPA TAK BERTANGGUNGJAWAB

Dengan penyebaran kisah pelakon ini, ramai masyarakat memberikan respon positif dan meninggalkan kata-kata semangat buat Aqish agar terus melawan dan bangkit dari kejatuhan yang dialami.

Walau bagaimanapun, tak semuanya indah apabila ada segelintir netizen yang kurang peka dengan melemparkan kata-kata kurang enak kepada pelakon cilik ini apabila menyifatkan ibu bapa Aqish tidak bertanggungjawab kerana makan duit anak.

Sumber Twitter

HASIL KARYA PUISI YANG SIA-SIA, IBU BAPA GUNA UNTUK BAHAN TERLARANG

Tak kurang hebatnya, ada individu di Twitter memberitahu bahawa hasil karya puisi Aqish ini adalah membazir kerana isi kandungannya sia-sia sahaja dan tidak membawa pengajaran yang baik kepada pembaca.

Sumber Twitter

Selain itu, mereka turut mendakwa duit hasil jualan dan juga derma yang dikutip digunakan oleh ibu bapa Aqish dalam membeli barang terlarang. Yang menanggung beban adalah Aqish sendiri dan terus terkesan sampai bila-bila.

TAK MAMPU TOLONG, LEBIH BAIK DIAM

Bagi penulis, ini adalah suatu tomahan yang sangat berat kepada Aqish sekeluarga yang mana kita sendiri tidak tahu selok beloknya. Andai kita tidak mampu memberi pertolongan, cukuplah hanya dengan sekadar doa yang baik buat Aqish sekeluarga.

Sumber Twitter

Diharapkan Aqish kembali sihat dan aktif berlakon seperti dahulu. Ramai yang dah mula rindukan lakonan air mata dari pelakon cilik yang hebat ini.

Sumber: Twitter

Kongsi artikel ini: