Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Penyanyi tegap daripada Singapura, Aliff Aziz memang sangat banyak dilanda kontroversi pada tahun 2019 termasuklah masalah rumah tangganya bersama bekas isteri Bella Astillah dan juga segala perihal peribadi panyanyi itu. Namun begitu penyanyi itu seolah-olah tidak pernah berhenti menyajikan pelbagai kerenah kepada warganet.
AKSI BERGADUH DI TEMPAT AWAM
Pada tahun baru ini, Aliff Aziz sekali lagi tampil dengan aksi kurang menyenangkan di kedai makan difahamkan di satu tempat di Singapura. Kontroversi pertama di tahun 2020 penyanyi ini telah dimuat naik di satu akaun individu di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi daripada peminat.
Penyanyi yang sangat popular dengan lagu Sayang Sayang ini dilihat sedang melakukan satu provokasi terhadap lelaki yang berada di restoran itu. Rakaman satu minit itu telah dirakam difahamkan juga teman kepada penyanyi tersebut.
MEMBALING KERUSI DAN MEMBUKA ZIP SELUAR
Dalam video berkenaan, dilihat Aliff sedang memrahi seorang lelaki sambil mengeluarkan kata kata kurang enak dan juga membaling kerusi yang berada disitu. Ada individu lain tampil meleraikan kekusutan yang berlaku namun Aliff Aziz seakan-akan tidak mempedulikannya.
Didalam video pendek yang tersebar, Aliff Aziz gagal mengawal diri yang sedang naik angin dan tanpa segan silu telah membuka zip seluarnya lantas cuba menunjukkan alat sulit terhadap individu di kedai makan itu.
NETIZEN BERASA KESAL
Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak Aliff Aziz dalam menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di tempat kejadian.
“gua aliff aziz gua duduk bukit panjang lai ah ehhh”
πππππππππππππ
sit down bro i heard you broke your hand punching someone pic.twitter.com/yRIyCBGJAcβ highreel (@Owlridethesky) January 13, 2020
Sementara itu, banyak peminat yang meluahkan kata kata kesal dan juga ada yang memberikan komen negatif terhadap penyanyi berkenaan. Seakan-akan tiada kesudahan ataupun penyesalan dalam diri penyanyi dari kelahiran Singapura ini setelah pelbagai macam cerita menimpa dirinya.
Sumber : Twitter highreelΒ