Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dah jarang kita dengar nama Liyana Jasmay semenjak bergelar isteri dan juga ibu ini. Mungkin ramai yang tak tahu, artis kelahiran Kuantan, Pahang ini bergiat aktif dalam dunia lakonan sejak tahun 1997 lagi menerusi drama Si Lembik arahan Aznil Hj Nawawi.
Dia mula mendapat perhatian peminat semenjak membintangi KAMI The Series dan dari situ lah namanya semakin berkembang. Mula mendapat perhatian ramai pengarah dek kerana bakatnya yang sangat menjiwai watak.
IMEJ BERTUDUNG DIANGGAP MAIN-MAIN
Pada tahun 2017, Liyana Jasmay dilihat mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Namun, ianya mencetuskan perbualan ramai netizen apabila ramai mempersoalkan cara pemakaian artis ini seolah-olah tidak sesuai dengan imej bertudung yang dibawakan itu.
Ini berikutan, sejak akhir-akhir ini, Liyana Jasmay memperlihatkan dirinya yang selesa dengan imej bertopi dengan bermacam gaya. Susulan dari itu, netizen berpendapat dia sekadar bermain-main dengan bertudang dan bakal membukanya kelak.
LIYANA JASMAY BIDAS, NETIZEN TAK TAHU PASAL FESYEN
Liyana Jasmay tidak mendiamkan diri. Dia dilihat ada membidas segala tanggapan masyarakat terhadap penampilannya itu menerusi laman Twitter. Dia meminta agar netizen tidak masuk campur dengan kehidupan mahupun pemakaiannya.
Jelasnya, mereka hanya lah pandai mengkritik bah kan tidak tahu menahu tentang fesyen.
“About me wearing my hijab not in a conventional way like you wearing it, is none of your biz. Wearing hijab or not also none of your biz. It’s very personal. Ouh and btw You know nothing about fashion! #SOKAMPUNG” Tulis Liyana Jasmay.
ORANG KAMPUNG TIADA KAITAN DENGAN MENUTUP AURAT
Sekali gus dengan kenyataan dari Liyana ini menimbulkan rasa kurang selesa sesetengah pihak. Ada yang berpendapat Liyana tidak peka dengan kenyataan seolah-olah menjatuhkan martabat orang kampung. Mereka ada memberitahu Liyana agar lebih berhati-hati sebelum bercakap.
Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan kenyataan Liyana Jasmay ini dalam membahas maksud sebenar bertudung. Ini kerana pemakaian hijab tiada kena mengena dengan orang kampung atau bandar tetapi ianya melibatkan menutup aurat yang dituntut dalam agama.
Kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Tak semua yang ambil negatif apabila ada pihak yang menegur dan memberikan pandangan kepada kenyataan Liyana ini secara baik. Mereka turut mendoakan agar dia terus kuat dan kekal berhijab.
Kredit: Twitter Liyana Jasmay