Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah banyak kali kena, habis berbelas ribu! Jasmin Hamid mohon bantuan orang ramai mengesan wanita ini

Pelakon senior Jasmin Hamid antara pelakon yang masih berbisa dan mendapat tempat dalam dunia seni lakonan tanah air. Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid mula mencipta nama pada awal 90an dengan drama-drama komedi.

Jasmin Hamid dan rakan artis seangkatan

Sebelum ini kita dimaklum kan dengan kisah rakan artisnya yang lain iaitu Syatilla Melvin yang menawarkan ganjaran RM3,000 kepada yang berjaya mengesan pembantu rumahnya yang telah melarikan diri.

BACA: Dia dah buat sesuatu! Syatilla Melvin dedah kisah tawar RM3K untuk netizen yang jumpa wanita ini

PEMBANTU RUMAH MELARIKAN DIRI

Perkara yang sama terjadi kepada Jasmin Hamid apabila dia meminta bantuan orang ramai dalam mengesan pembantu rumahnya yang juga melakukan perkara yang sama, melarikan diri pada Ahad yang lepas setelah 5 bulan bekerja dengannya.

Kisah ini dihebahkan sendiri oleh Jasmin menerusi laman Instagram miliknya beberapa jam lepas, yang mana memohon kuasa netizen dalam mengesan individu yang dimaksudkan dipercayai warga Indonesia.

Pembantu rumah dikehendaki!

LARI DENGAN BANTUAN INDIVIDU YANG TIDAK DIKENALI

Jelas Jasmin, sekiranya sesiapa ada melihat dan ternampak individu berkenaan, mohon menghubunginya dengan segera. Pembantunya ini telah melarikan diri dengan bantuan seseorang berdasarkan bukti yang dia miliki.

Bersama kepsyen, Jasmin menyertakan gambar dan butiran wanita berkenaan. Dikenali sebagai Laily yang kini berusia 42 tahun. Wanita berkenaan adalah berasal dari Medan, Indonesia.

HABIS BERIBU RINGGIT UNTUK DAPATKAN KHIDMAT

Untuk dapatkan pembantu rumah ni bukan hal mudah. Jasmin terpaksa berhabis beribu ringgit untuk dibayar kepada agen. Bila kejadian lari sebegini berlaku, yang menjadi masalah adalah pembantu rumah itu sendiri.

Ini kerana dia akan jadi pendatang tanpa izin disebabkan permit kerja akan ditamatkan serta merta dan akan disenarai hitam. Sepatutnya individu berkenaan perlu memberitahu majikan sekiranya tidak selesa atau tidak sanggup lagi untuk bekerja.

BUKAN MASALAH BANGSA, TETAPI SIKAP INDIVIDU

Jadi senang untuk Jasmin ambil tindakan ataupun menghantar pulang kepada agen perkhidmatan. Difahamkan ini bukanlah kejadian pertama kali yang menimpa dirinya. Jelasnya lagi, kenyataan dikeluarkan bukanlah untuk menyalahkan mana-mana bangsa.

Jasmin Hamid memohon bantuan orang ramai

Dia sendiri pernah mendapat khidmat pembantu rumah dari bangsa Melayu. Malah ianya lagi teruk dengan bermacam-macam kerenah yang perlu Jasmin hadap. Apa yang ingin disampaikan adalah sikap diri sendiri.

Bila diberi peluang bekerja, mereka pula yang malas dan tidak bersyukur dengan rezeki diberikan. Menurut Jasmin lagi, laporan polis telah pun menyusul. Cuma dengan kuasa viral sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengesan dengan lebih cepat.

Dalam pada itu, tidak dijelaskan secara terperinci kejadian sebenar yang menimpa Jasmin dan keluarga. Semoga usaha dalam mengesan wanita berkenaan dipermudahkan dengan bantuan orang ramai.

Sumber: Instagram Jasmin Hamid

Kongsi artikel ini: