Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Berat dugaan mereka! Awalnya abang kena Influenza A, akhirnya lain pula yang terjadi kepada si adik

Dewasa kini, bermacam-macam penyakit yang mula timbul dan membimbangkan masyarakat kita. Influenza A dahulunya pernah menghantui rakyat Malaysia kemudiannya wabak tersebut akhirnya dapat dicegah.

Namun, baru-baru ini timbul pula kisah serangan Influenza ini kembali. Zizan Razak antara selebriti yang terkena tempiasnya. Tanpa mengenal latar belakang, virus Influenza ini berisiko kepada kanak-kanak kecil yang imunisasi lemah umumnya.

BACA: Lama sepi dalam media sosial! Zizan Razak dalam pemantauan doktor, kini terbaring atas katil

ABANG YANG MULANYA DEMAM

Terbaru seorang bapa yang dikenali sebagai Mohd Esmadi Ibrahim di laman Facebook berkongsikan kisah menyayat hati menimpa keluarganya. Ianya berikutan Influenza A ini telah mengakibatkan kesan yang sangat dalam apabila anaknya telah dijemput Ilahi tanpa dia sedar.

 

Ianya bermula si abang, Anell mengalami demam di sebelah pagi sehingga suhunya naik mendadak kepada 39 degree. Demam Anell berlanjutan meskipun sudah diberi ubat. Justeru, Esmadi terus membawa anaknya itu ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

BAWA KE HOSPITAL, TIADA JANGKITAN

Walau bagaimanapun, doktor mengesahkan yang Anell tiada jangkitan kuman lalu disuruh balik. Esmadi ada mengadu kepada doktor berkenaan pasal demam anaknya yang tak kebah dan mengalami sakit perut biarpun sudah diberi ubat tetapi doktor berkeras menyuruh dibawa pulang.

Doktor hanya menyarankan Esmadi untuk menuam badan Anell dengan kain basah. Keadaan Anell masih sama, suhu badan langsung tak turun lantas keesokan paginya Esmadi sekali lagi membawa anaknya itu ke hospital Temerloh.

SAH KENA INFLUENZA, SI ADIK PULAK YANG DEMAM

Akhirnya doktor di primamedik dapat mengesahkan Anell dijangkiti Influenza A setelah membuat ujian darah dan mengambil sampel hingus. Dalam keadaan kalut, Esmadi kurang memberi tumpuan kepada si adik iaitu Ajim.

Ketika Esmadi sibuk menguruskan Anell, ibu Esmadi yang menjaga si adik memberitahu keadaan Ajim pula demam. Silap Esmadi adalah menyangkakan Ajim hanya demam biasa kerana panasnya kebah selepas dituam dengan air.

SI ADIK NEGATIF INFLUENZA

Keesokan harinya, demam si adik kembali. Lantas Esmadi menyuruh emaknya membawa Ajim ini ke bahagian primamedik sebagai mana prosidur yang dilalui oleh abangnya. Ini kerana Esmadi berada di Kuantan Medical Centre (KMC) berikutan menguruskan Anell.

Malangnya keputusannya negatif. Kelakuan Ajim sangat aktif dan sihat menyukarkan ibu Esmadi untuk mengesan sama ada Ajim sihat atau pun sebaliknya. Petangnya ibu Esmadi memberitahu badan Ajim kembali panas.

SUHU TINGGI DAN TERKENA SAWAN

Si adik ini terus dibawa ke Hospital Jengka berikutan dah kena sawan. Bermula dari situ keadaan Ajim semakin teruk dan terpaksa berada di bawah pemantauan zon merah. Hal yang menimpa Ajim hanya demam dalam satu hari sahaja.

Difahamkan Ajim menghembuskan nafas yang terakhir pada 6 Januari 2020 berikutan keadaan demam panas yang berlanjutan. Meskipun susah untuk menerima, Esmadi dan isteri redha dengan ujian yang menimpa mereka.

Malah ini memberikan peringatan kepada Esmadi dan isteri bahawa jangan mengambil mudah sekiranya anak-anak kecil hanya mengalami demam kerana kesannya mungkin sangat berat untuk ditanggung.

Semoga perkongsian dari Esmadi ini membuka mata ibu bapa dan menjadi ikhtibar buat kita semua dalam mengawasi kesihatan anak-anak terutama yang masih kecil.

Kredit: Facebook Mohd Esmadi Ibrahim

Kongsi artikel ini: