Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rozita Che Wan atau selesa disapa Che Ta tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sekadar berbakat dalam dunia lakonan, Che Ta merupakan antara pelakon yang pandai menggunakan kredibilitinya untuk mengusahakan bidang perniagaan.
Tidak dinafikan, dia adalah antara pelakon dan usahawan yang berjaya di negara kita ini. Lihat sahaja barang perhiasan dan juga pakaian diperagakan, sudah pasti anda akan terbeliak biji mata apabila mengetahui harganya.
BEZA UMUR 11 TAHUN TAPI KEKAL BAHAGIA
Ramai peminat sudah pun mengetahui jurang perbezaan umur antara Che Ta dan suami iaitu Zain jauh 11 tahun lebih muda dari Che Ta. Dan disebabkan faktor ini lah ramai peminat terlalu taksub untuk mengetahui selok belok rumah tangga mereka.
Perbezaan umur ini tidak menjadi masalah buat Che Ta malah mereka dilihat sangat bahagia hidup bersama kini tanpa timbul isu atau berita negatif. Sehingga kini, tiada lagi kedengaran masalah rumah tangga yang dihadapi Che Ta dan Zain.
JANGAN MENUNJUK BAHAGIA, NANTI ADA YANG TAK SELESA
Dalam perkembangan terbaru, Che Ta ada menasihati peminatnya tentang elemen yang perlu ada dalam memastikan hubungan suami isteri kekal harmoni. Perkongsian dibuat menerusi laman instagram figura tersebut beberapa jam yang lepas.
“Bahagia jangan di tayang, nanti orang dengki ,
Derita jangan dihebah nanti orang keji.
Selamat malam semua.
Nak p buat masak lemak sat beda breakfast pg besok. Sbb qamai yg dok terliuq nk mkn masak lemak kobih.” Tulis Che Ta.
Dapat dilihat, Che Ta sendiri berpandangan bahawa kebahagian rumah tangga tidak perlu dipertontonkan kepada umum. Biarlah hanya kita dan pasangan yang tahu dan merasai sendiri tanpa pengetahuan orang lain.
HATI MANUSIA SIAPA YANG TAHU
Rambut sama hitam, hati lain-lain adalah ungkapan yang sesuai kerana kita tidak tahu pandangan orang mahupun kawan rapat terhadap rumah tangga yang dibina. Kalau tidak masakan boleh timbul amalan-amalan syirik dan bantuan jin bagai untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain.
Semoga perkongsian singkat dari Che Ta ini membuka mata kita semua dalam memperoleh kebahagiaan dalam rumah tangga. Apa yang penting persefahaman antara pasangan perlu diterap baru lah hidup aman harmoni.
Kredit: Instagram Rozita Che Wan