Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Pahit untuk ditelan! Ainul Aishah perjelas faktor utama wajahnya kurang muncul di kaca TV kini

Dewasa kini kita dapat lihat ramai artis baru muncul di kaca TV. Bukan sahaja dalam urusan perniagaan, malah industri hiburan turut mengalami persaingan. Mana tidaknya apabila muncul bakal baru, sudah pasti tumpuan akan dilebihkan kepada mereka.

Sumber Instagram

Maka artis-artis lama semakin dilupakan. Itu lah lumrah yang dihadapi oleh pelakon veteran tanah air. Ianya turut terkesan kepada pelakon cantik Ainul Aishah. Boleh dikatakan sebagai pelakon senior, wajahnya mula jarang muncul dalam mana-mana drama kini.

BAKAT AINUL AISHAH MAKIN DILUPAKAN

Sekali gus bakatnya kian dilupakan. Ainul turut mengakui usianya yang sudahpun menjengah 35 tahun antara salah satu faktor kurang mendapat pelawaan untuk membintangi mana-mana drama mahupun filem.

Sumber Instagram

Persaingan menjadi lebih sengit apabila hadirnya bintang baru yang jauh lebih muda darinya menyebabkan ramai produksi kurang memberi laluan kepada yang lama. Walau bagaimanapun, ia bukan bermakna Ainul tidak laku langsung.

ADA TAWARAN TAPI TAK BANYAK

Jelasnya, sehingga kini dia masih menerima tawaran tetapi tidak lah banyak sekencang awal penglibatannya dahulu. Itu lah antara kenyataan yang perlu diterima para artis yang mana kehidupan ibarat seperti roda.

Sumber Instagram

Yang penting kita pandai menggunakan populariti dan menghargai bonus kejayaan di peringkat awal usia. Dalam pada itu, Ainul memberitahu bahawa biar pun keadaannya semakin suram dalam lakonan, tidak membataskan pelakon cantik ini untuk berhenti dari kerjaya seni.

MASIH TERUSKAN UNTUK BERLAKON ATAS DASAR MINAT

Ini adalah minatnya sejak kecil lagi dan tiada sebab Ainul Aishah perlu meninggalkan kerjaya lakonan yang sekian lama dia berusaha untuk kecapi sehingga tahap sebegini. Tambanya lagi, rezeki di tangan Tuhan.

Sumber Instagram

Akan ada masanya untuk dia kembali membuat come back kepada peminat. Justeru, sama-sama kita doakan kejayaan buat Ainul Aishah dan rakan artis yang lain dalam mencari rezeki.

Jadi ingat lah! Setiap ujian yang ditempuhi akan diselangi dengan hikmah di pengakhiran agar kita tidak lupa dengan nikmat kurniaanNya.

Kredit: mStar Online

Kongsi artikel ini: