Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

5 tahun berkahwin, Jaclyn Victor dan suami gagal untuk terus bersama. Ikuti penjelasan sebenar dari suaminya

Program TV Malaysian Idol pernah menjadi kegilaan ramai peminat sejak lama dahulu. Antara artis terkenal yang lahir dari program ini salah seorangnya ialah Jaclyn Victor atau lebih tepat lagi Jaclyn A/P Joshua Thanaraj Victor yang menjuarai musim pertama program tersebut pada tahun 2004.

JAC KAHWIN ARTIS ANTARABANGSA

Jaclyn merupakan pelopor artis bukan melayu terkenal dan berjaya menambat hati peminat muzik tanah air. Mana tidaknya, dengan memiliki suara yang lunak dan nada ton yang tinggi menjadikan penyanyi ini lain dari yang lain.

Pada 19 Julai 2014, Jac mengejutkan ramai peminat apabila mengambil keputusan berkahwin dengan seorang penyanyi antarabangsa, anggota kumpulan R&B Az Yet iaitu Shawn Rivera. Selama perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

TIADA ANGIN TIADA RIBUT, AMBIL KEPUTUSAN UNTUK BERPISAH

Walau bagaimanapun, janji untuk kekal bahagia bersama terhenti di tengah jalan. Difahamkan Jac dan suami mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing. Berita ini sekali gus menjadi tanda tanya kerana tiada langsung khabar negatif cerita rumah tangga mereka.

Berita sedih ini disampaikan sendiri oleh Shawn menerusi laman Facebooknya beberapa jam lepas. Kata Shawn, keputusan yang dibuat ini adalah sangat sukar untuk dibuat kedua-dua pihak. Dia sudahpun berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan.

HUBUNGAN JARAK JAUH SANGAT SUKAR

Tambahnya, punca perpisahan ini disebabkan oleh hubungan jarak jauh dalam tempoh yang terlalu lama. Hal ini menyebabkan masing-masing sukar untuk menyesuaikan diri dan menerima keadaan sebegitu.

Dalam pada itu, Shawn menegaskan bahawa meskipun dia dan Jac sudah tiada apa-apa ikatan, namun kedua cahaya mata masih menjadi keutamaan. Dia tidak akan sesekali mengabaikan kasih sayang terhadap anak.

SHAWN MOHON HORMAT KEADAAN MEREKA KINI

Anak adalah pengubat kepada rasa hati. Mereka sahaja yang mampu memulihkan patah hati yang dilalu mereka saat ini. Dengan situasi sukar sebegini, Shawn meminta peminat menghormati keadaan dan tidak mengganggu mereka.

Sehingga kini, Jaclyn Victor tidak memberikan apa-apa maklum balas mengenai kenyataan dari Shawn ini. Apa pun keputusan, sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Kredit: Berita Harian,  Facebook Shawn Rivera

Kongsi artikel ini: