Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Si cilik mengantuknya mumia ada bakat tersendiri! Bukan sekadar hobi, lihat video tariannya yang lain ini

Sejak semalam tersebar meluas rakaman aksi seorang kanak-kanak perempuan cilik yang sedang asyik menari ketika sesi perhimpunan pagi. Boleh dikatakan lain dari yang lain kerana hanya dia seorang sahaja beraksi lincah dan selamba menari gerak lagu “Mengantuknya Mumia”.

MENGANTOK, MENGANTOK NAK TIDO MANA

Fenomena luar biasa apabila perkongsian video si cilik berkenaan mendapat lebih 2.3 juta tontonan di laman Twitter milik elza semenjak ianya dikongsikan.

Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Issabelle bukan sahaja mendapat perhatian di negara kita malah aksinya yang comel ini tular sehingga ke Indonesia dan mendapat bermacam-macam komen dari netizen.

WAJAH MIRIP TENGKU JIHAN

Melihat kepada reaksi pengguna Twitter, ada yang menyifatkan wajah si cilik Issabelle memiliki wajah yang mirip dengan puteri Agong kita iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah. Kalau duduk sebelah rasanya dah macam adik beradik diorang ni.

Sumber Twitter

PERNAH BERJOGET LAGU HINDUSTAN

Kelincahan adik Issabelle ini bukan terhenti di situ sahaja. Ada beberapa pihak cuba berkongsikan video tarian lain dari si cilik ini. Tak terlepas, adik Issabelle ada membuat tarian Bollywood. Mengikut pandangan penulis, dia bukan sekadar berbakat malah mempunyai keyakinan yang sangat tinggi.

SIAP CATWALK PAKAIAN TRADISIONAL

Mana tidaknya, dia juga pernah masuk pertandingan pakaian tradisional dan bergelek berjalan ketika sesi catwalk. Mengalahkan orang dewasa minatnya ini. Sebelum ini, lagu kpop dari kumpulan Blackpink iaitu Let’s Kill This Love pernah disensasikan.

KPOP PUN DIA TAPAU

Adik Issabelle tidak melepaskan peluang untuk mempersembahkan tarian tersebut. Dan video berkenaan ada dimuat naik di youtube menerusi Same Edward. Menerusi rakaman tersebut, dia memang lain dari kanak-kanak yang lain.

Tanpa mempedulikan rakan-rakan sebaya yang lain, Issabelle mampu menarik perhatian penonton dengan lenggok badan yang mirip persis penyanyi asal.

Tidak dinafikan minat dalam sesuatu perkara dapat menghasilkan bakat yang tidak diduga. Semoga adik Issabelle berjaya kelak seiring dengan kelincahan tariannya ini.

Sumber: Twitter elza, akil’, youtube Same Edward

Kongsi artikel ini: