Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bahagia tanpa redha isteri! Joy Revfa beri pandangan isu kahwin suami orang dan kehidupan bermadu sebenar

Kisah rumah tangga dan cinta tiga segi menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat kita sejak akhir-akhir ini. Ini berikutan muncul banyak kisah keruntuhan rumah tangga baik dalam kalangan artis mahupan masyarakat biasa.

Sumber Instagram

Enggan menyalahkan mana-mana pihak, sama ada suami atau isteri, masing-masing ada baik buruknya sehinggakan orang ketiga berani untuk mencantas kebahagiaan rumah tangga yang dibina. Kebelakangan ini muncul pula kisah usahawan kuih bulan berkahwin dengan suami teman baiknya.

BACA: 9 tahun tak boleh jalan, tahun ke 10 berjalan dengan suami kawan baik! Ikuti penafian Yaya kuih bulan

JOY REVFA BERI PANDANGAN ISU PERANGAI SUAMI

Justeru, ramai pihak yang memberi pandangan tersendiri atas perkara ini dan ada yang mendakwa itu hanyalah gimik sebagai strategi pemasaran. Terbaru, usahawan selebriti Joy Revfa tampil memberi pandangan terhadap isu status suami orang dan kehidupan sebenar bermadu.

Sumber Instagram

Revfa menasihati golongan suami terutamanya harus berjaga-jaga dengan hati. Jangan sampai memikat hati wanita sehingga mengorbankan air mata kebahagiaan isteri sendiri. Lain lah kalau dapat green light dari isteri untuk berbuat demikian.

LELAKI AKAN PANDANG WANITA LAIN BILA NAMPAK KELEMAHAN ISTERI

Tambah Revfa, sudah pasti hidup berpasangan akan ada kelemahan. Wanita tidak akan sempurna tetapi sudah cukup memadai sekiranya mereka menjaga makan, pakai minum si suami. Di saat isteri kelihatan selekah, para suami akan nampak kelebihan wanita lain yang lebih cantik dan sempurna.

Sumber Instagram

Tapi, harus diingat bahawa hati wanita lain belum tentu ikhlas untuk bercinta. Sehubungan dengan itu, hubungan kekeluargaan akan lebih bahagia kalau suami faham erti bersyukur dengan memiliki pasangan yang mencuba untuk bahagiakan kehidupan suami setiap hari.

Perkongsian Joy Revfa ini mendapat perhatian ramai netizen. Mereka memberikan reaksi positif terhadap penulisannya itu. Ada yang menyifatkan lelaki ini cepat rasa bosan bila isteri selekeh dan kedekut untuk belanjakan isteri untuk tampak lawa.

Sumber Instagram

Keseluruhannya, masing-masing ada bahagian tersendiri untuk dijaga. Yang dah berkahwin harus tahu tanggungjawab dalam berumah tangga. Untuk yang solo pula, jangan sesekali meruntuhkan kebahagiaan orang lain demi kebahagiaan diri sendiri.

Semoga kita jadikan kisah-kisah ini sebagai contoh yang baik agar tidak terjebak dengan jerat cinta tiga segi.

Sumber: Instagram Joy Revfa

Kongsi artikel ini: