Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bagaikan roda! Dulu pelakon cilik Puteri Balqis disanjung, kini hidupnya berubah dan ramai tak sangka

Puteri Balqis binti Azizi merupakan antara pelakon cilik berbakat besar yang pernah dimiliki oleh dunia hiburan tanah air. Beri sahaja watak sudah pasti pelakon yang selesa disapa Aqish ini akan membawa lakonan dengan penuh jiwa sehingga menyentuh hati penonton.

PELAKON CILIK YANG BERJAYA RAIH BANYAK ANUGERAH

Kehebatan lakonan Aqish ini dapat digambarkan setelah memenangi banyak anugerah sehinggakan Harian Metro menyenaraikannya sebagai salah seorang daripada 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global. Bukan senang umur semuda dia dah capai peringkat sebegini.

Kehidupan tidak selalu cerah dan sama seperti roda. Hari ini kita boleh berada di atas, mungkin esok sebaliknya. Itu lah yang terjadi dalam kehidupan pelakon kanak-kanak ini. Wajah Aqish mula sepi di kaca TV setelah dia disahkan menghadapi penyakit kanser hati tahap pertama.

HIDUP BERUBAH 360 DARJAH

Sejak dari itu, Aqish mula memperlahankan karier lakonannya demi menjaga tahap kesihatan. Walau bagaimanapun, dia mengejutkan ramai peminat apabila kisah hidupnya terbaru disiarkan menerusi rancangan Bersamamu di TV3.

Seperti yang kita ketahui, rancangan ini akan memaparkan kisah kesusahan yang dihadapi oleh golongan yang tidak bernasib baik dan itu lah yang terjadi kepada Aqish yang kini hidup dalam serba kekurangan berbanding zaman kegemilangannya dahulu.

IKAT PERUT HAMPIR 3 HARI

Dalam rancangan tersebut mendedahkan yang kesusahan menimpa keluarga sehingga memaksa Aqish dan ibunya terpaksa mengikat perut kerana ketiadaan duit. Hampir dua ke tiga hari mereka terpaksa menahan lapar.

Jelas Aqish, mungkin ujian yang menimpa keluarganya ini adalah peringatan daripada Tuhan. Tuhan tak mahu mereka lupa diri dengan kejayaan yang pernah diraih sebelumnya. Tambahan pula terpaksa berlawan dengan penyakit yang sedang dihidapi.

MENGHARAPKAN JUALAN BUKU DITULIS SENDIRI

Dalam perkembangan lain, ibu Aqish iaitu Nouryl memberitahu mereka kini sedang sibuk dalam membuat jualan buku puisi yang mana ditulis sendiri oleh anaknya. Buku yang dihasilkan adalah berjudul “38 Poems by Puteri Balqis”.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat kesihat adik Aqish ini agar diberi kesembuhan. Diharapkan ujian yang menimpa mereka bakal berakhir dengan bahagia.

KREDIT VIDEO:

Alangkah sayunya melihat kehidupan yang dilalui oleh Aqih keluarga. Ingat lah di saat kita senang, sujud sebentar sebagai tanda syukur dengan nikmat yang dikurniakan dan jangan sesekali lupa diri. Jadikan kisah adik Aqish ini sebagai peringatan Sang Pencipta kepada hambaNya.

Kredit: Facebook Bersamamu

Kongsi artikel ini: