Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Tak sedar dek untung! Itu lah yang boleh digambarkan kepada si anak yang sanggup buang kasih sayang seorang bapa. Tak tahu di mana silapnya, dewasa kini kita acap kali mendengar berita sebegini seolah-olah tiada rasa kasih mahupun belas dalam diri pelaku.
Ketahui lah, seorang bapa sanggup menggadaikan masa dan tenaga semata-mata mahu melihat anaknya membesar dengan baik. Bila anak dah besar lain pula yang dibalas kepada orang tua. Dah macam tiada fikiran waras.
TAK MAMPU JAGA, JANGAN BIARKAN TERKONTANG KANTING
Andai kata tak mampu menjaga keadaan orang tua, lebih baik hantar ke pusat jagaan. Sekurang-kurangnya mereka boleh memantau keadaan ibu bapa ini. Makanan juga turut diberikan, jadi tidak lah risau sangat keadaan mereka kelak.
Pada Rabu lalu, menerusi Page Facebook Penang Kini berkongsikan kisah kiriman dari Norshuhada Shuib yang mana seorang lelaki tua dan uzur ditinggalkan oleh si anak di tepi jalan. Kisahnya bermula apabila sebuah kereta berwarna kelabu menurunkan seorang pakcik di hadapan sebuah kedai.
BERJALAN SAMPAI 200 METER
Peniaga kedai bergegas memberitahu Shuhada bahawa orang tua bertongkat bertongkat terpinga-pinga mencari anaknya. Pak cik tersebut menanyakan di mana anaknya, seolah-olah tidak faham dengan kejadian menimpa dirinya. Lalu pak cik berkenaan teruskan berjalan kaki tanpa hala tuju.
Kemudiannya, selepas peniaga kedai menceritakan hal kejadian, Shuhada bergegas menghidupkan enjin kereta dan mencari pak cik yang dimaksudkan. Dia dijumpai 200m dari tempat dia diturunkan lalu meminta pak cik berkenaan naik kenderaan.
LANGSUNG TAK INGAT
Shuhada cuba mendapatkan identiti warga emas yang kurang bernasib baik ini namun gagal kerana dia tak ingat semua perkara. Kad pengenalan pula berada di tangan si anak manakala dalam poketnya hanya berbekalkan rm1 dan satu plastik kerepek.
Sejurus memberikan air kepada pak cik tadi untuk menghilangkan dahaga, Shuhada membawanya ke Balai Polis Jitra untuk membuat laporan sebagai tindakan lanjut. Buat masa sekarang, pak cik ini masih lagi di balai polis. Sekiranya ada sesiapa yang mengenali boleh lah menghubungi pihak polis untuk mendapatkan waris terdekat.
Alangkah hibanya masih ada dalam kalangan kita yang tidak faham erti kasih sayang sebenar terhadap ibu bapa. Sedar lah bahawa tanpa ibu dan bapa, kita takkan wujud di atas muka bumi ini. Sama-sama jadikan kisah ini sebagai ikhtibar bersama.
Kredit: Facebook Penang Kini