Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sebok ambil hak orang! Suami Hanna tak diam diri, tampil perjelas situasi sebenar yang ramai tak tahu

Masyarakat kita dikejutkan dengan kisah cinta tiga segi antara usahawan OKU terkenal dan juga kawan rapat sendiri. Ianya diceritakan sendiri oleh tuan badan yang juga mangsa keadaan yang dikenali sebagai Hanna Baa menerusi Facebook miliknya semalam.

Sumber Facebook

Yaya atau nama sebenarnya Haziqah Nurul Huda Harun menjadi topik hangat di media sosial gara-gara sanggup menjadi gunting dalam lipatan yang didakwa berkahwin dengan suami rakan baik sendiri dalam diam.

BACA: 9 tahun tak boleh jalan, tahun ke 10 berjalan dengan suami kawan baik! Ikuti penafian Yaya kuih bulan

RESPON YAYA SEBAGAI ORANG KETIGA

Sejurus tularnya kisah ini, Yaya yang juga usahawan kuih bulan tampil memberi penjelasan dan menafikan pernikahan berlaku di Thailand. Jelasnya, cerita dari Hanna Baa adalah rekaan dan sehingga kini dirinya masih lagi bujang.

Tambahnya, dia tidak perlu ke Thailand untuk berkahwin kerana wali ataupun bapa kandungnya masih hidup. Dia berasa amat yakin bahawa dirinya dianiaya dan berada di pihak yang benar.

Kisah yang tersebar sejak semalam

RESPON SUAMI HANNA BAA, MASIH SAH SUAMI ISTERI

Tidak mendiamkan diri, suami kepada Hanna Baa dilihat ada memberi penjelasan di Facebook miliknya beberapa jam lepas. Dikenali sebagai Baa Azhar, dia memberitahu bukan niatnya mendiamkan diri atas sebab dayus seperti disangkakan.

Cuma tak ingin keadaan menjadi lebih keruh lagi. Hubungan Azhar dan isteri Hanna Baa atau nama sebenar Suzana Hamzah masih lagi sah sebagai suami isteri, bercanggah dengan khabar berita yang  tersebar bahawa mereka sudah pun berpisah.

Sumber Facebook

MENARUH HARAPAN PADA YAYA, DAH MINTA IZIN UNTUK BERKAHWIN

Dalam pada itu, Azhar menjelaskan yang dia masih lagi melayan isteri seperti sebelum ini dari segi zahir dan batin tidak kurang sedikitpun. Mengenai hubungan dengan Yaya, dia akui bahawa dia ada menaruh hati dengan usahawan OKU tersebut.

Ini berikutan sudah lama kenal dan melihat kepada keakraban isteri dan juga Yaya dalam urusan perniagaan turut menjadi asbab wujudnya perasaan sedemikian. Selaku suami bertanggungjawab, Azhar ada meminta dengan isterinya untuk memperisterikan Yaya.

Yaya kuih bulan

PERMINTAAN DITOLAK ISTERI

Walau bagaimanapun hasratnya itu ditentang oleh Hanna. Atas hasutan beberapa pihak, Azhar dan Yaya tidak berkahwin lantas isu ini pula menjadi hangat di mulut netizen. Sehubungan dengan itu, dia meminta agar masyarakat tidak masuk campur perihal rumah tangga mereka.

Dia dilihat sempat memohon maaf dengan salah faham yang terjadi sejak akhir-akhir ini dan meminta kisah mereka tidak lagi dibualkan atau diperbesarkan.

Kesimpulannya, kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Apa pun sama-sama kita doakan pemasalahan yang berlaku antara mereka bertiga dapat diselesaikan secara baik dan menemui titik kebahagiaan kelak.

Sumber: Facebook Baa Azhar

Kongsi artikel ini: