Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Hidup dalam dunia serba moden kini, pelbagai cara pemasaran yang digunakan oleh masyarakat kita dalam memikat hati pembeli. Kadang kala sampai terlupa batas-batas yang ditetapkan dalam agama dan juga budaya melayu.
Seakan hilang rasa malu, kebanyakan pengusaha perniagaan sanggup menggunakan taktik yang boleh mencetuskan buah mulut orang ramai demi keuntungan yang pantas. Dan kejadian terbaru terjadi kepada pelakon yang penuh kontroversi iaitu Sharifah Sakinah.
Namanya tidak asing lagi kerana sering ditegur ramai pihak kerana keberaniannya tampil terdedah di media sosial. Dia dilihat sangat kebal kerana sehingga kini tidak menghiraukan dengan segala pandangan netizen terhadapnya.
SAKINAH TAYANG BENTUK BADAN TAK SEPATUTNYA DI IG
Sekali lagi dia ada memuat naik video di instagram miliknya dalam mempromosikan produk terbaru iaitu push us pants. Perkongsian ini menarik perhatian pengikut gara-gara dia memakai baju kurung kebaya dan mendedahkan bahagian perut yang kempis.
“Contoh pemakaian 3 in1 Push Up Pants. Bukan sahaja push up punggung, malah boleh boleh push in emak di perut bagi smooth pemakaian baju kebaya contohnya. Bagi yang berminat cepat2 Whatsapp 0107788525.”
“Order 99 ringgit termasuk postage. Last day ladyboss bagi promo. Once ready stock next year normal price Rm129, tak sure bila boss boleh bagi potongan harga lagi.” Tulis Sakinah mempromosikan produknya.
NIAT DISALAH ERTI
Mungkin niatnya ingin menunjukkan keberkesanan dan juga testimoni pemakaian namun sebaliknya pula pandangan netizen terhadap video berkenaan. Menampakkan bahagian pinggul dan bentuk badan membuatkan netizen berasa kurang selesa.
Ada yang menyifatkan video berkenaan tidak sopan untuk dipertontonkan kepada umum. Memandangkan Sakinah merupakan seorang public figure, ramai yang menyerunya agar berhati-hati dalam tampil di hadapan peminat.
NETIZEN MINTA JAGA ADAB PAKAIAN
Secara tidak langsung perkongsian video ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Ada yang mengatakan promosi produk dengan mendedahkan bentuk badan ini tidak sepatutnya disokong dan perlu dijaga adabnya.
Tidak ketinggalan ada komen dari pihak yang tidak bertanggungjawab membayangkan perkara-perkara nakal. Sewajarnya perkara sebegini harus dipandang serius agar tidak dipandang serong oleh netizen.
Diharapkan para selebriti dan juga public figure yang lain lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian mahupun aktiviti promosi produk agar tidak menjadi tanggapan negatif peminat.
Sumber: Instagram Sharifah Sakinah