Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik dan juga isteri kepada Adlin Aman Ramlie ini iaitu Emelda Rosmila binti Abdul Hamid. Selesa disapa sebagai Mel, dia dilahirkan pada 14 Mac 1980 di Ipoh, Perak.
Mel memulakan kerjaya seni sejak tahun 2000 lagi dan telah membintangi banyak drama dan juga filem. Mengikut bakat kakaknya, Emilia Rosnaida, watak Mel yang paling diingati adalah menerusi drama Manjalara yang mana berkisahkan cerita seorang gadis bertubuh gempal yang cuba raih perhatian orang ramai.
ADA BUTIK SENDIRI SEBAGAI BACKUP
Selain dari berlakon, Mel turut mempunyai butik fesyen sendiri yang dikenali sebagai Emeldarose. Jelas Mel dia merasakan kerjaya lakonan ini ada naik turun dan juga tidak akan berpanjangan. Lalu memberikan inspirasi kepadanya untuk ada jenama sendiri.
Sejak pembukaan tahun baru, 2020 ini, banyak kisah positif yang kita dengar tentang artis tempatan. Ada yang mula mengenakan hijab, dan ada yang mula menunaikan ibadat umrah. Itu suatu petanda positif dalam kalangan artis yang mula sedar tentang keseimbangan sebagai umat Islam.
TUNAI UMRAH DENGAN SUAMI
Mel dan suami tidak terkecuali dijemput untuk menjadi tetamu ke Tanah Suci pada penghujung tahun lepas. Apa yang menariknya, setelah pulang ke tanah air, penampilan Mel mula berubah. Meniti akaun instagram, dia sudah pun mengenakan hijab.
Sekali gus, ramai yang mengadaikan pelakon ini sudah pun membawa imej baru. memetik kenyataan dari Berita Harian pula, Mel memberitahu yang dia cuba untuk membiasakan diri dengan pemakaian hijab dan cuba untuk kekal sebegitu.
BERI MASA SEHINGGA APRIL UNTUK BERTUDUNG SEPENUHNYA
Walau bagaimanapun, dia ada memberitahu bahawa perlu melunaskan tanggungjawab dalam kerjanya sehingga April ini sebelum tampil berhijab sepenuhnya. Jadi, sekiranya dia muncul freehair di mana-mana acara atau TV dalam tempoh tersebut, jangan la pula cepat melatah.
Sama-sama kita hormati keputusan pelakon cantik ini dan doakan agar niat Mel untuk berhijrah berada dalam landasan yang betul dan kekal istiqomah.
Kredit: Berita Harian