Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
D’Academy Asia merupakan sebuah program nyanyian bertemakan dangsung yang terbesar diadakan di peringkat Asia. Dan antara peserta yang menyertai program ini adalah dari beberapa negara di Asia seperti Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Timor Leste dan juga Filipina.
MESRA TAK INGAT DUNIA
Pada musim terbaru iaitu musim kelima, program ini secara tidak langsung menarik perhatian peminat dari Malaysia gara-gara peserta dari negara kita, Azmirul Azman yang terlalu menghayati bait-bait lagu.
Ketika itu, dia sedang khusyuk duet lagu Jangan Tinggalkan Aku bersama penyanyi Indonesia iaitu Zaskia Gotik. Mereka berdua dilihat saling mesra bernyanyi sambil berpelukan dan menatap mata antara satu sama lain menjadikan program tersebut bingit dengan sorakan penonton.
MUKA TERUS PUCAT BILA NAMPAK ISTERI
Tanpa Amirul sedar, isterinya Nur Fatin Farahin muncul dalam diam dari belakang sewaktu momen berpelukan. Sekali gus membuatkan Amirul terkejut dan tidak menyangka bahawa isterinya, Farah boleh berada disitu. Baru kenal erti pucat!
Sejurus kejadian, Farah memberikan respon terhadap kejadian di atas pentas. Dengan tenang, Farah memberitahu bahawa lumrah sikap lelaki bila berada di belakang isteri. Amirul kemudiannya mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada Farah kerana terlepas pandang.
HANYA HIBURAN DAN HORMAT PIHAK PRODUKSI
Jelas Amirul lagi, dia terpaksa berbuat demikian semata-mata untuk menghiburkan penonton dan menghormati rancangan yang ditonton oleh Indonesia dan semua negara. Zaskia Gotik yang berada di atas pentas turut memohon maaf kepada Farah.
Mereka berdua menganggap itu hanyalah hiburan yang telah ditetapkan oleh pihak produksi. Amirul dan Farah kemudian dilihat saling berpelukan.
KREDIT VIDEO:
BUKAN MUDAH JADI PENGHIBUR
Dalam program tersebut memaparkan pengacara dan juri dari Malaysia iaitu Uyaina Arshad dan juga Mas Idayu. Semoga kisah Amirul dan Farah ini memberikan pengajaran buat penghibur yang lain dalam menghormati rumah tangga.
Jelas lah tugas sebagai penghibur bukan sesuatu yang mudah kerana terpaksa berdepan dengan perkara yang tidak diingini demi kepuasan ramai pihak.
Kredit: Facebook Golden Memory