Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah mengenai keretakan rumah tangga oleh orang ketiga tidak lagi asing di negara kita, tambahan lagi di zaman serba moden dengan segala media sosial ini.
Tular harini mengenai satu kisah yang sangat meruntun jiwa bagi kaum wanita setelah suami berhubungan dengan kawan baik sendiri yang telahpun dianggap seperti adik kandung. Terdahulu, usahawan OKU ini tular kerana setelah 9 tahun tidak dapat berjalan dan sudahpun mampu berdiri dan berjalan selepas rebah di Mekah ketika mengerjakan umrah baru baru ini.
LAYAN SEBAGAI ADIK SENDIRI, TAPI BERNIAT KURANG BAIK
Menerusi satu perkongsian yang dibuat di laman Facebook milik Hanna Baa yang merupakan mangsa keadaan itu telah mendapat 30k komen dan kicauan sebanyak 43k setakat pukul 5 petang ini.
Perkongsian itu telah mendedahkan hubungan tiga segi yang dilakukan oleh kawan baiknya sendiri yang telah dianggap seperti adik bersama suaminya. Menerusi perkongsian itu, Hanna menyifatkan sebagai perkongsian bagi memberi peringatan kepada kaum wanita semua.
“Saya salahkan kedua duanya”- Hanna Baa
Tambahnya lagi, dia tidak pernah syak wasangka akan perkara ini akan terjadi kerana terlalu percayakan hubungan seperti kakak dan adik itu. Dia dan suami sering kali mengajak adiknya itu untuk keluar mahupun atas urusan perniagaan.
YAYA MENAFIKAN PERNIKAHAN DI SEMPADAN THAILAND ITU
Memetik daripada laporan Harian Metro, pengusaha kuih bulan, Yaya memberikan kenyataan bahawa pendedahan yang dibuat oleh Hanna Baa itu hanya sekadar fitnah kerana dirinya masih lagi bujang sehingga harini. Jelas Yaya lagi dia tidak perlu pergi jauh ke Thailand untuk bernikah kerana walinya sendiri, ayahnya masih lagi hidup dan sering bersamanya sepanjang masa.
Tambah Yaya lagi dia mengangap perkongsian dan tuduhan keatas dirinya itu hanya sebagai satu ujian dan berharap agar segala kebenaran akan terbuka nanti. Yaya tidak peduli akan segala buah mulut atau kritikan daripada netizen terhadap dirinya kerana dia berada dipihak benar.
Namun begitu, pihak Harian Metro gagal menghubungi Hanna Baa bagi penjelasan lanjut daripada tuan badan sendiri.
Sumber : Facebook Hanabaa, Harian Metro