Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Mulut laser sangat! Kenyataan Janna Nick kepada Elly Mazlein di Melodi buat netizen kurang senang

Kita baru sahaja menyambut ketibaan tahun baru, 2020 namun dunia hiburan tidak lekang dari kisah-kisah panas. Dan yang terbaru mengenai artis muda Janna Nick yang mana telah memanggil Elly Mazlein sebagai mak jan.

Sumber Instagram

Sekali gus, tindakan tersebut membuatkan ramai netizen berasa kurang selesa. Perkara tersebut terjadi ketika Janna sedang mengacarakan program Melodi pada hujung minggu lalu sewaktu ingin mengumumkan perkahwinan Elly Mazalein yang bakal diadakan tidak lama lagi.

ARTIS UNDANGAN YANG LAIN TURUT TERKEJUT

Dengan tidak semena, aksi Janna itu membuatkan artis undangan yang lain dan Awal Ashaari terkejut dengan kenyataan sebegitu. Sejurus kejadian, netizen berpandangan bahawa Janna sepatutnya lebih peka ketika mengendalikan sesuatu acara terutama program live.

Panggilan mak jan kepada Elly Mazlein seolah-olah memandang rendah kepada golongan ibu tunggal. Mereka tidak meminta untuk terima takdir sedemikian dan mereka sepatutnya perlu dapatkan sokongan moral dari orang ramai untuk terus bangkit.

KERJA MC PERLUKAN PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN

Ada netizen yang turut memberi pandangan bahawa mengacara sesuatu majlis bukan hal mudah. Kita perlu berpengetahuan dan juga pengalaman dalam mengawal situasi. Terutama input-input penting sebelum bercakap dan jangan main hembur.

Sumber Twitter

Dalam pada itu, Janna Nick kemudiannya dilihat jatuh tersungkur ketika program sedang berlangsung. Elly Mazlein secara profesional membantu Janna untuk bangun. Disebabkan kejadian ini, ramai menyifatkan sebagai karma.

NETIZEN MINTA PENGGANTI LAIN UNTUK PENGACARA MELODI

Menjengah ke ruangan komen, ada sesetengah netizen berpandangan bahawa Janna Nick tidak sesuai untuk meneruskan dengan program Melodi ini memandangkan dirinya sendiri penuh dengan cerita kurang baik.

Sumber Twitter

Mereka turut sempat meninggalkan komen bahawa program Melodi kurang mendapat sambutan gara-gara pengacara seperti Janna Nick.

Sumber Twitter

Sebagai kesimpulan, manusia tidak dapat lari dalam melakukan kesilapan. Terutama dalam program live seperti Melodi ini, yang mana kejadian di luar jangkaan dan tak mampu untuk dikawal. Jangan cepat kita menghukum Janna Nick dan sama-sama kita doakan kejadian sebegini tidak berulang lagi.

Sumber: Twitter Akeem Sharyzal

Kongsi artikel ini: