Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jodoh masih sesat! Ikuti luahan hati Nasha Aziz, wajah tak dimamah usia biarpun umur 49 tahun

Nama pelakon wanita cantik ini pernah memiliki aura tersendiri suatu ketika dahulu. Nasha Aziz atau nama sebenarnya Noraishah binti Abdul Aziz kini telah menjengah usia 49 tahun, dilahirkan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Nasha pernah mendapat nama jolokan sebagai “Supermodel Malaysia” ketika era 90an. Mengimbau kembali penglibatan model dan pelakon cantik ini dalam arena hiburan, Nasha Aziz bermula dengan peragaan dari tahun 1989 setelah diperkenalkan oleh Tiara Jacquelina.

Sumber Instagram

BANYAK TERIMA TAWARAN PERAGAAN

Tersohornya Nasha ini sehinggakan mendapat tawaran kontrak dari peragaan di New York, Amerika Syarikat. Bukan biasa-biasa tau! Sejak itu bermacam produk yang menampilkan wajah Nasha Aziz ini sebagai cover girls mereka dan bermacam drama serta filem yang menjadi taruhan untuk artis ini.

Dalam perkembangan terbaru, namanya mula disebut-sebut gara-gara muncul dalam telefilem Mak Nak Peluk Boleh yang disiarkan di TV3. Ramai peminat merindui wajah Nasha Aziz dan dengan kemunculan ini membuatkan penonton mengimbau zaman kegemilangannya dahulu.

Sumber Instagram

JARANG BERKONGIKAN AKTIVITI HARIAN

Melihat kepada akaun instagram model jelita ini pula, dia sangat jarang berkongsikan aktiviti harian atau urusan peribadi bersama peminat. Dia hanya lebih kepada promosikan hasil kerja lakonan dan juga bergambar dengan rakan artis yang lain sewaktu di set penggambaran.

Sehingga hari ini, Nasha Aziz masih lagi bersendirian sehinggakan ramai peminat tertanya-tanya bila dia ingin menamatkan zaman bujangnya itu. Akui Nasha, dia sering disapa soalan sedemikian, bukan setakat dari peminat, malah rakan-rakan terdekat.

Sumber Instagram

BAHAGIA HIDUP BERSENDIRIAN

Sudah pasti sesiapa pun inginkan keluarga dan hidup berpasagan. Hanya doakan terbaik untuk dia dipertemukan dengan jodoh. Tambahnya lagi, meskipun sehingga kini dia hidup bersendirian namun dia tetap bahagia dengan aktiviti solo.

Tambah Nasha lagi, dia tidak menganggap kehidupan solo itu suatu kelemahan. Kebahagiaan bukan bermakna dengan ada suami di sisi, bahkan kita sentiasa mensyukuri segala nikmat yang kita kecapi sehingga saat ini.

Sumber Instagram

Nasha Aziz bagaimanapun tidak menolak sekiranya ada jodoh. Selama ini pun dia ada je keluar dating dengan mana-mana lelaki. Sayangnya, tiada persefahaman dan tidak berjumpa dengan yang serasi.

Jodoh ini adalah rahsia Tuhan. Usaha segigih mana sekali pun tanpa restuNya sudah pasti tidak akan ke mana. Apa pun sama-sama kita doakan agar Nasha Aziz dipertemukan dengan jodoh yang baik dan sesuai dengan kehendaknya kelak.

Kredit: Berita Harian, Instagram Nasha Aziz

Kongsi artikel ini: