Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Zizan razak merupakan pelawak ataupun selebriti tanah air yang semakin giat mencipta nama dalam dunia hiburan. Melalui instagram sahaja, Zizan memiliki pengikut yang sangat ramai iaitu berjumlah 6.8 juta pengikut menjadikan aktor ini antara perhatian utama peminat.
Zizan Razak bukan sahaja hebat di pentas lawak malah jejaka dari Dungun, Terengganu ini kian rancak membintangi watak utama dalam filem dan juga drama tempatan. Antara filem terbaru yang sedang dibintanginya adalah Polis Evo 3.
DAH LAMA SANGAT ZIZAN HIDUP BUJANG
Semakin terkenal seseorang itu, semakin dalam yang ingin diketahui umum. Itu lah yang dihadapi oleh Zizan apabila status solonya ini menjadi tanda tanya sejak sekian lama. Nak kata tak cukup duit, rasanya dah terlebih cukup untuk menyara anak dara orang.
Mungkin belum bertemu dengan sesuai agaknya. Sebelum ini, dia juga banyak digosipkan dengan selebriti wanita yang lain, namun kesemua dilihat bagai tiada kesudahan.
Beberapa jam lepas, aktor berhidung mancung ini ada memuat naik status di laman instagram sekali gus berjaya menarik minat ramai netizen.
STATUS ZIZAN LEBIH BAIK SINGLE TARIK PERHATIAN
“Lebih baik single yang menyenangkan dari berpasangan yang merumitkan. Tapi siapa yang single abang tembak hati adik.” Tulis Zizan dengan seloroh.
Dalam beberapa jam sahaja posting tersebut dimuat naik telah berjaya meraih lebih 90,000 tanda suka. Dah kena sangat dengan Zizan ni yang dalam lama hidup menyendiri. Ramai peminat ingin lihat dia betul-betul tembak hati jodoh yang dah lama sesat tu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan reaksi positif dengan perkongsian ini. Ada yang meminta agar Zizan tidak cepat patah hati. Bukan dirinya tidak laku, cuma lambat sangat untuk memetik bunga.
Mereka turut meminta Zizan tidak terlalu lama bercinta. Jumpa je pasangan yang sesuai terus tunaikan yang wajib. Maklum lah semakin hari, umur kita ni semakin berusia.
Apa pun, sama-sama kita doakan jodoh yang terbaik buat pelawak terkenal ini. Semoga jodoh yang hadir dalam hidupnya kelak dapat memberikan kebahagiaan seperti didambakan.
Kredit: Instagram Zizan Razak