Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sweet pulak! Bekas isteri Da’i Farhan selamat bersalin anak lelaki. Respon isteri kedua tarik perhatian

Dirinya pernah berada dalam jerat cinta tiga segi. Namun wanita ini terus kuat menjalankan kehidupan setiap hari seperti biasa biarpun hanya dirinya sahaja yang tahu betapa perit untuk menerima takdir tersebut.

Bekas isteri Da’i Farhan atau kini selesa menggelarkan diri Farhan Mutawwif, Fatin Nurul Ain baru sahaja selamat melahirkan bayi lelaki, yang sihat tubuh badannya. Berita baik ini disampaikan sendiri oleh Fatin menerusi akaun Facebook miliknya beberapa jam lepas.

FATIN SELAMAT MELAHIRKAN BAYI LELAKI

“Alhamdulillah anugerah terindah dr Allah Yang Maha Esa.. Lahir seorang khalifah kecil ummi. Semalam spend Time sepenuhnya dengan kakak.”

“Rupanya adik nak lahir melihat dunia hari ni.. Alhamdulillah Berkat doa semua. Semua dipermudahkan.”

“5/7/2018 genap umo kakak setahun 6 bulan. 5/1/2020 lahirlah adik fariha. Assalamualaikum semua. Doakan saya ye semoga saya sentiasa sihat & sentiasa dlm lindungan Allah. Amin.” Kongsi Fatin.

Sumber Instagram

FARHAN TITIPKAN DOA UNTUK CAHAYA MATA BARUNYA

Tidak mengetepikan tanggungjawab, Farhan dilihat turut memuat naik gambar bersama anaknya di instagram. Dia mendoakan anak lelakinya ini berjaya di dunia serta akhirat.

“Alhamdulillah, slmt melihat dunia putera walid & ummi. Moga hidup dlm kebahagiaan, sukses selalu, Barakah dunia akhirat. Aamiin. Syukran ummi, smoga dirahmati diberkati Allah swt.” Tulis Farhan.

Sumber Instagram

Apa yang menarik di mata penulis adalah respon dari isteri kedua Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Erin. Dia dilihat sempat memberi titipan ucapan penghargaan kepada suami dan bekas madunya tentang kehadiran cahaya mata baru ini.

ISTERI KEDUA FARHAN TURUT MEMBERIKAN RESPON

“Alhamdullilah tahniah zauj ku @farhanmutawwif.. Allah telah anugerahkan seorang baby lelaki yg sihat..”

“Tahniah juga pd fatin kerna selamat melahirkan amanah Allah dgn kekuatan dan kasih syg seorg ibu pd hari ni moga baby ini akn menambahkan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada ummi dan walidnya serta dia akn membawa banyak kebaikan pd agamanya, bangsanya dan negaranya.”

“Semlm baru sambut birthday kak @mithalyna 04.04.01 hr ni smbut birthday adik baru plak 05.01.2020. Senag tahun depan smbut serentak. Inshaallah harapan mama begitula hendaknya.” Tulis panjang Dr. Erin.

Sumber Instagram

MEREKA TUTUP RUANGAN KOMEN DI IG

Farhan dan Dr. Erin bagaimanapun dilihat menutup ruangan komen di instagram masing-masing. Mungkin enggan menerima maklum balas kurang baik dari netizen. Namun menjengah ke Facebook Fatin, ramai yang mendoakan Fatin terus tabah dan mengucapkan tahniah kepada wanita kuat ini.

Diharapkan dengan kehadiran cahaya mata baru ini dapat menguatkan kembali semangat Fatin untuk meneruskan tanggungjawab sebagai ibu kelak. Lupakan perkara lama dan buka lah lembaran baru.

Sumber: Facebook Fnama Fatin, Instagram Farhan Mutawwif, drholisw

Kongsi artikel ini: