Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Eyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi dilahirkan pada 3 Februari 1995 di Ampang, Selangor. Sangat jarang untuk kita dengan nama pelakon ini dikaitkan dengan mana-mana kisah panas.
Namun sebaliknya terjadi apabila terbaru namanya menjadi bualan hangat gara-gara tersebarnya video mesranya dengan seorang pemain bola Johor Darul Ta’zim (JDT) di media sosial.
Selamat Petang. Apa buat cuti cuti ni? Selamat bercuti. pic.twitter.com/nJrSLeRvSO
— PERAK POWER (@iloveyouIPOH) January 4, 2020
Pemain bola yang dimaksudkan adalah Akhyar Rashid. Video berkenaan menjadi bualan hangat di platform Twitter berikutan aksi berlaga pipi antara kedua mereka. Difahamkan aksi tersebut dirakam ketika mereka berada di pusat peranginan terkenal di luar negara bersama rakan-rakan yang lain.
BAYANGAN ADA HUBUNGAN ISTIMEWA
Ini memberikan gambaran bahawa ada hubungan istimewa antara Eyka dan juga Akhyar. Menguatkan lagi dakwaan ini adalah Eyka dan Akhyar dilihat memuat naik gambar mereka bersama di instastory beberapa jam yang lalu.
“Tahukah kome, salah ke dorang pergi bercuti sekali? Janganlah kecam kecam. Bilik asing asing bukannya sekali. Taktahu diamlah.”
“Sekadar membackup pemain pemain negara. Yang berjuang untuk negara. Ada gambor ke video ke share la. Dah backup kot.” Memetik perkongsian Twitter PERAK POWER.
CINGGEY ANTARA PUNCA KEJATUHAN NEGARA
Penulis bersetuju dengan pendapat salah seorang netizen yang memetik kata-kata Khir Rahman dalam filem Rock Oo iaitu ada 3 perkara yang boleh menjatuhkan sesebuah negara. Pertama ialah rasuah, kedua tidak menepati masa dan ketiga cinggey.
Sejak zaman berzaman lagi soal perempuan ini boleh membuatkan lelaki jadi buta dan lupa daratan.
Melihat kepada komen peminat, rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan Akhyar. Ini kerana ianya menjejaskan komitmennya sebagai pemain bola sepak profesional. Ada yang memberi pandangan bahawa dia mula lupa diri sejak namanya terkenal.
Mereka berdua bagaimanapun tidak memberikan apa-apa komen berhubung perkara ini. Apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka berdua dan dipercepatkan untuk naik ke jinjang pelamin.
Kredit: Twitter PERAK POWER, Harian Metro