Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak harap ihsan orang! Lelaki OKU tabah ternak kambing untuk sara keluarga buat netizen rasa kagum

Kehidupan manusia tak ubah seperti roda. Hari ini kita berada di atas, hari esok mungkin boleh jatuh duduk di bawah. Dugaan yang Tuhan berikan kepada hambaNya bertujuan untuk kita merasai detik bersyukur.

Bila kita didatangkan kemewahan, kita lupa kepada Pemberi Rezeki. Itu lah yang membuatkan kita lalai dalam mengecapi keberkatan dalam kehidupan. Harus juga kita ingat, tidak semua insan mempunyai nasib yang baik.

LAHIR TANPA KEDUA-DUA KAKI, BERJAYA MENJADI PENTERNAK

Seperti kisah yang ingin penulis kongsikan pada kali ini, seorang pemuda yang berjiwa kental iaitu Shahrin Naim Mohd Saleh. Dia merupakan seorang orang kelainan upaya yang mana dilahirkan tanpa kedua-dua kaki.

Namun, dalam kekurangan yang dimiliki tidak menghalang Shahrin untuk menjadi seorang yang penternak kambing yang berjaya. Dalam kejayaannya ini sudah pasti pelbagai pengalaman jatuh bangun yang dihadapi.

DAH BUAT MACAM-MACAM KERJA TAPI GAGAL

Sebelum beralih kepada penternak kambing, bermacam-macam pekerjaan yang Shahrin lakukan. Namun kesemuanya menghampakan. Antara pekerjaan yang Shahrin buat adalah katering majlis, hias meja beradab dan tukang jahit. Kesemua itu hilang arah tuju.

Sehinggalah dengan berbekal modal rm500, Shahrin berserah untuk menternak kambing. Ianya bermula sejak dua tahun lalu setelah dia dan isteri berpindah dari Kedah ke Tumpat, Kelantan. Jelas Shahrin, dia lebih selesa berusaha sendiri daripada mengharapkan bantuan orang lain.

Dia bersama isteri iaitu Siti Lailah Mat Hussin sudah pun berkahwin selama 6 tahun. Mereka berdua saling melengkapi dalam membantu antara satu sama lain. Begitu juga dalam urusan penternakan yang mana Siti Lailah akan turut sama membantu Shahrin menguruskan kambing ternakan.

BUAT SESUATU KENA ADA ILMU

Harus diingat, dalam membuat sesuatu perlu juga diiringi dengan ilmu pengetahuan. Shahrin memberitahu bahawa dia mendapatkan khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam menyelia kambingnya.

Sehingga kini, mereka berdua memiliki 29 ekor kambing dari baka Jamnapari, Boer dan Seanen. Ianya suatu usaha yang sangat membanggakan dan patut dijadikan contoh buat kita semua. jangan berserah kalah selagi mana kita mampu untuk berusaha.

Semoga kisah Shahrin dan isteri ini menjadi inspirasi buat kita semua dalam menjadi usahawan yang berjaya.

Kredit: Harian Metro

Kongsi artikel ini: