Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Semakin hari, semakin bahagia! Isteri kedua Da’i Farhan tayang kemewahan di instagram

Kisah rumah tangga Da’i Farhan pernah menjadi bualan hangat masyarakat di negara kita pada penghujung tahun lepas. Gara-gara berkahwin dengan ibu tunggal dan melepaskan isteri pertama yang sedang sarat mengandung membuatkan netizen rasa kurang senang.

Sumber Instagram

Walau bagaimanapun individu ini dilihat tenang menempuh kemelut yang melanda dan dilihat sedang hangat meniti bahagia bersama isteri keduanya, Noorainul Naqim Mohd Radzi. Menjengah ke laman instagram, masing-masing berkongsikan momen banyak meluangkan waktu bersama.

SEMAKIN HARI, SEMAKIN BAHAGIA

Kesibukan tugasan masing-masing tidak menghalang kedua mereka dari mencari waktu “me time”. Dan beberapa hari lepas, isterinya Dr. Erin memuat naik gambar membeli barangan elektronik dari jenama terkenal dalam kuantiti yang banyak.

Sumber Instagram

Difahamkan, barangan tersebut dibeli bagi tujuan untuk menghadiahkan kepada rakan-rakan yang banyak menyokong mereka dalam dunia perniagaan.

HADIAH KEPADA YANG TERPILIH SAHAJA

“Hadiah untuk insan2 yg terpilih, tahniah ats keyakinan, usaha dan semangat setia kawan yg di pupuk dalam jaringan ukhwah kekeluargaan dlm perniagaan yg kita usahakan bersama2. Gelak2 dpt sehri Rm1k senang je kan.”

“Bila kita tahu menggunakan Anugerah Allah pd kita inshaallah duit cr kita. Setiap insan dilahirkan dgn kelebihan ini tp tak tahu mcm mn nk guna jekan. Sy blh bantu dan ajar bagaimana nk bt duit cr kita..” Tulis Dr. Erin.

Sumber Instagram

RUANGAN KOMEN DITUTUP, ELAK DARI KATA-KATA NEGATIF

Dr. Erin bagaimanapun menutup ruangan komen bagi perkongsian tersebut. Mungkin enggan menerima pandangan negatif sesetengah pihak yang kurang selesa dengan kehidupan kedua mereka kini.

Setiap manusia yang bernyawa tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Mungkin mereka pernah buat silap terdahulu dan kita hidup dalam bermasyarakat hanya mampu doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber Instagram

Jadikan perkongsian dari Dr. Erin ini sebagai contoh dari sudut positif dalam kita sama-sama mencari peluang merebut rezeki.

Sumber: Instagram drholisw

Kongsi artikel ini: