Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah rumah tangga selebriti Aliff Aziz dan bekas isteri, Bella Astillah menjadi tumpuan ramai sebelum ini. Dalam kisah yang lalu, Aliff dilihat tidak serik dan kerap kali mengulangi perangai lama. Sehingga la mereka berdua mengambil jalan untuk berpisah.
Ingat kan bila berpisah Aliff menjadi semakin positif. Namun aktor Singapura ini menjadi buah mulut ramai gara-gara kisah ukiran nama Bella dibadan, ditahan pihak berkuasa Singapura dan beberapa lagi siri kontroversi selepas bergelar duda.
BELLA PELUK LENGAN SEORANG JEJAKA
Dia seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan dan Bella turut memberitahu masyarakat agar sentiasa memberi sokongan buat Aliff kerana pada ketika itu bekas suaminya memerlukan sokongan ramai pihak dalam menguatkan semangat.
Terbaru, nama Aliff Aziz dan Bella kembali menjadi bualan. Ini berikutan kisah gambar mesra yang dimuat naik menerusi instastory. Pada awalnya Bella dilihat berkongsikan momen memeluk tangan seorang individu yang tidak didedahkan wajahnya.
BELLA DAN ALIFF KEMBALI BERSAMA
Namun, ramai berpendapat tangan tersebut milik Aliff. Menguatkan lagi andaian ini adalah Aliff ada berkongsikan gambar selfie bersama Bella dalam sebuah kereta. Keadaan gambar tersebut seakan sama dengan gambar Bella tadi.
Sejurus dengan itu, ramai berpendapat bahawa kedua mereka ini kembali bersama berikutan aksi intim tersebut. Dalam pada itu, Bella dilihat ada memuat naik kembali perkongsian ibu mertuanya berkenaan mutiara kata dari Mufti Menk.
MEMETIK MUTIARA KATA DARI MUFTI MENK
Ayat tersebut menyeru agar kita menjadi orang yang lebih baik berbanding sebelum ini. Berikut adalah perkongsian asal Mufti Menk:
“Masa lampau adalah cermin untuk masa sekarang. Jadi Belajar lah daripada kesilapan lama agar ianya tidak berulang kembali.”
“Episod baru dalam kehidupan sentiasa menanti. Apa yang pasti tetapkan diri untuk menjadi seorang yang lebih baik berbanding sebelumnya.”
“Jangan sesekali memandang rendah kebaikan biarpun ianya kecil kerana ia mampu membawa perubahan.” Tulis Mufti Menk yang dikongsikan ibu Aliff.
Tidak salah sekiranya mereka berdua kembali bersatu sekiranya Aliff Aziz sudahpun benar-benar kesal dan kembali kepada insan yang baru. Memandangkan mereka berdua mempunyai anak bersama iaitu Ayden Adrean yang memerlukan kasih sayang kedua pihak.
Justeru, sama-sama kita doakan yang terbaik buat Aliff Aziz dan Bella Astillah. Dan semoga hubungan baru mereka menemui titik kebahagiaan seperti mana diharapkan.
Kredit: mStar Online