Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Semua tak menjadi! Gara-gara business dengan Zain Saidin, PU ini dikejar hampir 35 orang ah long

Namanya mungkin tak semegah seperti peserta Pencetus Ummah yang lain. Warren Fernandez atau nama islam Adam Warren Abdullah merupakan bekas peserta Pencetus Ummah musim kedua, dan apa yang kurang bernasib baik, dia telah ditimpa kerugian hampir setengah juta.

Sumber Facebook

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Warren menerusi Facebook miliknya beberapa hari lepas menceritakan liku-liku hidupnya yang jatuh dalam urusan perniagaan sehinggakan dikejar hampir 35 orang ah long.

MULA-MULA RAGU UNTUK KERJASAMA DENGAN ZAIN SAIDIN

Ianya bermula apabila Warren mengambil keputusan untuk berkerjasama dengan suami Che Ta iaitu Zain Saidin. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Perniagaan yang dirancang tidak kekal lama apabila ianya hanya bertahan selama setahun sahaja.

Sumber Facebook

Ia terpaksa ditutup pada Jun 2019. Dia berani bekerjasama dengan Zain setelah mereka diperkenalkan oleh salah seorang kenalan. Asalnya Warren tidak berasa perniagaan ini boleh berjaya, tetapi setelah lama berbincang dia meneruskan juga tanpa perjanjian hitam putih.

Antara bentuk kerjasama yang mereka persetujui adalah Warren membuka kedai gunting rambut manakala Zain akan membuka kedai kasut Zapatos, termasuk la juga beg tangan yang dijual oleh Che Ta.

ZAIN HANYA URUSKAN MARKETING, TAK KELUARKAN MODAL

Selain itu, Zain turut menguruskan bahagian marketing dan exposure memandangkan dia seorang selebriti dan lebih dikenali. Tambah Warren, Zain langsung tidak mengeluarkan modal kewangan selama menjalankan urusniaga.

Sumber Facebook

“Sewa kedai di Kota Damansara itu mencecah RM15,000 sebulan. Pada awalnya saya sangsi untuk menyewa di situ, namun Zain dan rakannya yakinkan saya bahawa mereka mampu berbekalkan marketing yang baik.”

“Kemudian mereka minta untuk ubah suai kedai sehingga kosnya mencecah RM100,000. Ketika ini saya dah habis banyak duit, semuanya modal saya sendiri.”

“Apabila kerja ubah suai mengambil masa lebih dua bulan daripada tarikh yang dijanjikan, saya terpaksa pula menanggung kos untuk membayar gaji pekerja.” Memetik kenyataan Warren kepada pihak mStar Online.

ANGGAP KEGAGALAN BERPUNCA DARI KESILAPAN SENDIRI

Dalam kenyataan lain, Warren tidak menyalahkan sesiapa malah kesilapan diri membuatkan dia terperangkap di kancah ini. Dek kerana masalah kewangan, dia mula mendapatkan khidmat ah long. Sejak dari itu dia dan adik perempuan menjadi sasaran pengutip hutang ini.

Sumber Facebook

Walau bagaimanapun, Warren tampil positif dengan keadaan yang menimpanya sepajang tahun 2019. Dia turut bersyukur di saat dia rebah, Tuhan mendengar rintihan dan ahli keluarga turut sama memberi bantuan.

Itu lah namanya kehidupan. Bukan mudah untuk kita kecapi kesenangan. Tanam dalam diri dengan ilmu perniagaan sebelum kita membuta tuli membuka perniagaan tanpa pengetahuan. Semoga kisah Warren menjadi peringatan kepada kita semua.

Kredit: Facebook Warren Fernandez, mStar Online

Kongsi artikel ini: