Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bila akal pendek! Instafamous ini beri gambaran ubah imej kepada wanita, buat netizen tak selesa

Nama Faiz Roslan lama menyepi di media sosial. Bagi yang tidak mengenali individu ini, Faiz awalnya mula dikenali dengan video parodinya. Menjadikan imej dan pakaian wanita dalam setiap videonya telah membawa kelainan kepada individu ini.

Sekali gus dia mendapat jumlah tontonan yang tinggi dalam masa yang singkat. Tak terhenti dari situ, Faiz dengan beraninya memuat naik pelbagai video yang tidak menghormati budaya masyarakat kita dan sejak dari itu ramai pihak mula nampak sisi negatif instafamous ini.

Sumber Instagram

DAH TEGUR TETAPI BAGAI TIADA KESAN

Dalam pada itu, ramai pihak cuba menegur agar Faiz Roslan cuba hasilkan karya lawak yang lebih baik berbanding kontroversi. Namun ianya bagai mencurahkan air ke daun keladi kerana ianya masih berlanjutan.

Dan dalam perkembangan terbaru, Faiz Roslan sekali lagi mengundang rasa kurang selesa warganet.

Semalam, dia dilihat membuat kenyataan terbuka di laman instagram miliknya menyatakan keputusan untuk tidak “berpaling lagi”. Ramai yang tertanya-tanya keputusan apa yang Faiz cuba maksudkan itu.

BERI GAMBARAN NAK UBAH PENAMPILAN DIRI

“Nak delete semua gambar yang pecah, nampak kejantanan, gambar lelaki, sis dah membuat keputusan yang takkan berpaling lagi.” Gambaran yang diberikan Faiz.

Jika mendalami maksud ayat ini, Faiz seolah-olah ingin menampakkan imej barunya sebagai seorang wanita. Yang menguatkan dakwaan ini adalah kenyataannya yang ingin memadamkan kesemua gambar yang nampak jantan ataupun lelaki.

“let’s mulakan hidup baru, let’s tak pedulikan opinion orang lain sebab at the end of the day diri sendiri yang memutuskan segala keputusan. doakan yang baik-baik sahaja.” Tulis Faiz Roslan kepada pengikut instagramnya.

Sumber Instagram

MENGUNDANG RASA TAK SELESA NETIZEN

Ramai yang berpendapat bahawa Faiz Roslan ingin melakukan transformasi kepada dirinya. Nescaya keadaan ini membuatkan netizen berasa kurang selesa sekiranya ia benar-benar terjadi. Ramai yang berpendapat agar instafamous ini mempertimbangkan keputusan tersebut.

Sumber Instagram

Memandangkan memikirkan keadaan ibu bapa yang dilahirkan dan juga balasan di sana kelak. Ini kerana salah membuat keputusan boleh buat kita menyesal pada suatu hari nanti.

ADA PULA KOMEN YANG MENYOKONG

Dalam banyak-banyak komen, penulis berasa sangat hiba kerana ada pihak yang menyokong Faiz untuk mengubah keadaan diri. Ini lah pemikiran anak muda sekarang yang tidak peka atau hormat tuntutan agama.

Sumber Instagram

Tidak dipastikan secara jelas perubahan Faiz Roslan ini, cuma sama-sama kita doakan ianya sekadar gimik dan perubahan dimasudkan adalah menjadi seorang yang lebih baik berserta ke arah positif.

Sumber: Instagram Faiz Roslan

Kongsi artikel ini: