Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak macam orang lain! Gelagat kiut si kecil ini ke sekolah berjaya tarik perhatian warganet

Sesi persekolahan untuk tahun 2020 sudah pun bermula. Sejak semalam kita dapat lihat pelbagai peel anak kecil ketika hadir ke sekolah. Momen tersebut dirakamkan oleh ibu bapa dan dikongsikan di media sosial.

Menarik perhatian penulis adalah suatu perkongsian seorang wanita di Twitter. Hanya dikenali sebagai Nurha Dean, dia telah memuat naik gambar kanak-kanak kecil hadir ke sekolah dengan membawa beg galas.

KECIK-KECIK DAH PANDAI NAK KE SEKOLAH

Apa yang menariknya, si kecil tersebut baru sahaja berusia dua tahun dan gaya comelnya dengan memakai baju sekolah bertudung singkat sekali gus mendapat banyak tanda suka dari warganet.

“First day sekolah tudung singkat, kan dah kena marah.” Kongsi Nurha di Twitter.

Sumber Twitter

Melihat kepada bebenang Nurha, perwatakan si kecil ini sangat mencuit hati. Dah pandai posing depan kamera dan juga siap nak order makanan guna grabfood lagi tu.

“Uncle Aunty, macam mana nak guna grab food? Makanan dekat kantin dah habis.” Seloroh Nurha.

Sumber Twitter

TAK TAHAN LAMA, DAH TERCABUT TUDUNG DI KEPALA

Tambah Nurha, si comel ini sempat berada di dalam kelas buat seketika. Namun pemakaian tudung tidak kekal lama apabila dia dilihat mencabutnya atas alasan tidak selesa. Maklum lah anak kecil cepat berasa panas dan berpeluh.

“Tengok baru pakai kejap dah cabut tudung haha.” Tambah Nurha lagi.

Sumber Twitter

Yang membanggakan usahanya untuk pergi ke sekolah tu yang mencuit hati. Sekali gus perkongsian dari Nurha ini mendapat pelbagai reaksi. Ramai pengguna twitter memuji kecomelan aksi si kecil tersebut.

Dan ada yang berseloroh nak pinjam untuk bawa teman dating dengan kekasih hati. Mana tidaknya, dengan aksi sebegitu sudah pasti berjaya memikat hati orang ramai.

Sumber Twitter

Begitu lah macam-macam ragam bagi pembuka tahun 2020 ini. Apa pun penulis doakan semoga cita-cita si kecil ini untuk rajin ke sekolah berterusan sehingga lah dewasa. Pupuk semangat anak-anak untuk ke sekolah dan terapkan sukakan pembelajaran dari kecil lagi.

Kredit: Twitter Nurha Dean

Kongsi artikel ini: