Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Jiwa jadi kacau! Itu lah gambaran yang dapat diberikan kepada peminat drama Kampung People. Sebelum ini penulis ada berkongsikan kehebatan karya pengarah Wan Hasliza ini sehinggakan ramai penonton tak sabar-sabar menanti episod seterusnya.
Difahamkan drama ini tampil lain dari yang lain. Ianya bukan lah kisah cintan cintun antara golongan bangsawan dan juga rakyat marhaen. Ia adalah salah satu drama kekeluargaan yang lebih menekankan unsur jenaka.
UNSUR KELAKAR NATURAL, TAK DIBUAT-BUAT
Setiap permulaan akan pasti bertemu pengakhiran. Begitu juga dengan drama Kampung People ini apabila bakal menutup tirai berbaki dua episod sahaja lagi. Ramai yang bakal merindui lawak jenaka yang diterapkan oleh Wan Hasliza ini.
Di Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai Jasmin Hassan menyatakan beberapa pandangannya tentang drama ini sehinggakan ia menjadi trending dan disukai ramai. Antaranya adalah unsur kelakar.
Kelakar yang ada dalam drama ini bukan dibuat-buat dan ianya nampak spontan dan tiada unsur negatif yang diketengahkan. Seterusnya watak yang dibawa Elly Mazlein dan sejujurnya Kak Lina Pom Pom dipuji ramai kerana dia adalah mastermind untuk cerita ini.
Semua akan tertumpu kepada dialong Kak Lina yang membawa watak sebagai seorang ibu havoc tetapi penuh dengan kacau bilau. Meskipun berlatarbelakangkan suasana kampung, ianya lebih realistik dan bukan seperti sesetengah cerita yang tampil baju kurung setiap masa.
UNSUR KEKELUARGAAN YANG SANGAT ERAT
Kemudiannya, Jasmin menyentuh soal sifat kekeluargaan. Pelakon memberikan komitmen menyokong watak masing-masing sebagai ahli keluarga bersatu padu. Anak yang menghormati ibu bapa dan sebaliknya ibu bapa menghargai anak-anak.
Begitu lah serba sedikit yang penulis boleh rungkaikan penangan drama jenaka Kampung People ini. Ini antara karya yang dipuji para penonton dengan pelakon yang betul-betul memberikan komitmen terbaik sepanjang pengambaran.
PEMINAT MINTA DRAMA INI SENTIASA ADA
Ada yang siap meminta agar drama ini jangan habis dan ditayangkan sampai bila-bila. Semoga trending drama ini menarik minat Wan Hasliza untuk menyambungnya pada versi yang lebih baik lagi. Tahniah penulis ucapkan.
Kredit: Twitter Jasmin Hassan