Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Belanja foto baru di tahun baru! Atikah Suhaime “suka” baca pandangan netizen terhadap imejnya

Dalam menyambut tahun baru sudah pasti ramai yang mula menanam azam baru. Ada yang dahulunya jatuh kini bangkit kembali untuk mencari rentak positif. Ada juga yang mula berhijrah kepada penampilan yang lebih baik.

Sumber Instagram

Yang sering menjadi perhatian adalah golongan selebriti. Dan terbaru adalah Nur Atikah binti Mohd Suhaime. Gambar yang dimuat naik aktres kelahiran Tampines, Singapura ini menjadi bualan hangat para netizen yang tidak selesa dengan perkongsiannya itu.

SELOROH TAK KISAH DENGAN PANDANGAN NETIZEN

Jelas pelakon berusia 29 tahun ini, dia tidak peduli dengan kata-kata kurang enak dari netizen. Malah dia sebenarnya berasa “selesa” dengan pandangan orang ramai. Tak melepaskan peluang, Atikah turut memohon maaf sekiranya gambar terbarunya ini membuatkan netizen berasa kesal.

“Hi. I’m sorry that my fat new year pictures upset you so much. I enjoyed reading the comments. Just sending you happy vibes.” Tulis Atikah.

Sumber Instagram

Hal ini berikutan dalam menyambut kedatangan tahun baru beberapa hari lepas, Atikah ada memuat naik sekeping gambar mengenakan gaun kuning. Dia tampak lebih berisi berbanding sebelum ini sekali gus ramai yang merungut bentuk badannya yang berisi begitu.

BADAN SEMAKIN BERISI

Memandangkan sebelum ini dia dilihat terlalu kurus, sudah pasti dengan perubahan bentuk badannya mudah untuk orang ramai perasan. Itu lah lumrah sebagai manusia, apa sahaja yang kita buat belum tentu dapat memuaskan hati semua pihak.

Sumber Instagram

Apa yang pasti selagi kita kekal positif dalam setiap kerja yang dilakukan. Mengimbau kembali kerjaya seni Atikah, dia mula bergiat aktif berlakon di Malaysia pada tahun2012 setelah menyertai Metrowealth Pictures sebagai artis naungan.

MASIH BELUM BERTEMU PENGGANTI AWI

Drama pertamanya adalah Rawan manakala filem pertamanya adalah Lagenda Budak Hostel. Namanya pernah menjadi buah mulut apabila pertunangannya bersama Awi Rafael pada 22 Mac 2018 terputus di tengah jalan.

Sumber Instagram

Masing-masing dilihat menerima cara baik dan mengambil keputusan untuk kekal sebagai kawan. Jelas Awi Rafael, dia sudah cuba yang terbaik untuk membetulkan keadaan namun jodoh tidak memihak kepada mereka.

Apa pun semoga masing-masing bertemu dengan pasangan yang boleh menerima baik buruk kelak.

Kredit: Instagram Atikah Suhaime

Kongsi artikel ini: